Mari berkongsi universiti anda

Universiti_banner

Apa yang menarik tentang universiti anda?  Universiti anda cantik? Universiti anda benri? Banyak kemudahan?

Adakah universiti anda mudah dimasuki? Dekat dengan rumah? Kenkyu yang best? Kenangan yang manis di universiti anda?

Apa jua yang berkaitan dengan universiti anda bolehlah dikongsi bersama. Untuk maklumat lanjut, sila ke url di bawah.

http://www.amirnet.org/?page_id=265

-oretachi no 2 yen-

Virus-virus Ukhuwwah

Oleh: Mujahid Iman            Sumber: dakwah info

Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara
-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)
-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihan
kelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah

“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

-kritikan keras yang melukai perasaan

Continue reading ‘Virus-virus Ukhuwwah’

Teori Kebangkitan

Assalamualaikum wrh,

Anda apa khabar? Semoga terus thabat medaki puncak mardhotillah.

Mari kita tengok alam.

Kalau anda lihat di dunia ini anda akan menemui satu kepelikan. Di dunia ini walaupun dihuni oleh 1.5 billion orang muslim iaitu sebanyak 1 500 000 000 (banyak tak kosong?) tiada satu negara pun yang wujud didasarkan atas Islam atau ketundukan kepada Allah semata. Tetapi anda akan temui negara Komunis yang wujud di atas fikrah komunisme, negara Kapitalis yang wujud di atas fikrah kapitalisme, negara Zionis di atas fikrah zionisme, negara Demokrasi di atas fikrah demokrasisme dan lain-lain. Di mana agaknya Muslim? Masih merempat? Seperti ada satu masyarakat Melayu di kutub utara tapi tidak dapat dipastikan di manakah mereka berasal kerana mereka tak mempunyai sebuah negara. Begitulah Muslim.

Islam itu masih disembunyikan dan hanya dizahirkan di dalam gerak-gerak badan yang bernama solat, puasa, haji dan sebagainya.

Eh kata rahmatan lil ‘alamin. Rahmatan linafsi je kot.

Salah siapa?
Bukanlah masanya untuk menyalahkan siapa-siapa. Berjaya menyalahkan orang dengan hebatnya belum masih boleh dikira sebagai amal di sisi Allah.

Apa solusinya?
Mari kita bincang teori kebangkitan.
Bukannya mudah untuk melahirkan sebuah blueprint solusi umat dengan hanya menaip perkataan-perkataan di atas keyboard. Tetapi saya tahu solusi yang telah pun terbukti berjaya yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Kalau anda kaji mana-mana revolusi dunia yang berlaku di dunia ini, revolusi Perancis, Amerika, Jerman, Jepun dan sebagainya, ia tidak lebih daripada revolusi ekonomi atau revolusi politik atau revolusi sosial sahaja. Perancis masih berdepan dengan masalah sosial. Jepun pula dengan masalah keluarga dan bunuh diri, Amerika masalah kahwin sejenis, Malaysia dengan Mat Rempit dan berbagai lagi masaalah.Revolusi itu tidak mengubah cara orang bertutur, cara orang beradab dengan ibu bapa, cara orang menguruskan masa, cara orang makan, cara orang berpakaian dan sebagainya.

Tetapi anda akan jumpai revolusi yang dibawa Rasulullah berjaya mengubah keseluruhan aspek hidup manusia bukan sahaja ekonomi, sosial dan politik malah termasuk kehidupan seharian manusia. Hebat bukan?

Jadi bertambahlah lagi satu kepelikan kalau anda masih lagi mahu meniru cara-cara selain dari cara ini, sedangkan caranya sudah berada di hadapan batang hidung anda sendiri.

Ada lagi nak cerita ni, tapi tunggu dulu kalau ada kelapangan inshAllah.

والله أعلم بالصواب

أب و والد

بسم الله الرحمن الرحيم

أب و والد

(Ayah dan bapa)

Dalam Al-Quran setiap perkataan yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri yang tidak boleh digantikan dengan perkataan yang lain bagi menyampaikan maksud yang sama. Ini berlainan dengan bahasa yang lain. At least yang saya tahu, bahasa Inggeris, bahasa Jepun mahupun bahasa Melayu tidak mempunyai pendefinisian makna mendalam yang mampu dicapai oleh bahasa Arab. Sebagai contoh perkataan ‘ayah’ dan ‘bapa’ merujuk kepada orang yang sama dan jika diletakkan dalam satu cerita, perkataan tersebut adalah ‘interchangeable’ tanpa mampu mengubah maksud ayat.

Tetapi Al-Quran turun memberi definisi yang sebenarnya terhadap bahasa Arab. Perkataan أب dan والد yang digunakan oleh penyair Arab dalam syair-syair mereka malah tidak dapat membezakan penggunaan kedua perkataan ini.

Jom mari kita selam dalam lautan Al-Quran.

Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada bapa-bapa mereka dahulu? (23:68)

Di sini penggunaan أبآ plural kepada أب bukan bermakna bapa-bapa yang merujuk kepada ayah kandung tetapi didefinisikan sebagai nenek moyang.

Kita boleh tengok contoh seterusnya dalam surah Yusuf.

Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman.” (12:99)

Perhatikan أبويه. Cuba anda check maksud ayat ini dalam Quran terjemahan anda. Ia mungkin membawa maksud yang sama seperti di atas iaitu ibu bapa. Tetapi menurut Ibnu Kathir dalam terjemahannya, ada ulama berpendapat ia sebenarnya ialah bapa dan mak saudaranya.

Pengunaan أب juga digunakan merujuk kepada kepimpinan, qiyadah dan ini digunakan dalam ayat yang berkaitan nasab dan harta pusaka.

Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggilah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:5)

Kita dapat lihat pula perbezaan bila kita tengok pula bila Allah menggunakan والد. Berkataan ini berasal dari ولد yang membawa maksud ‘melahirkan anak’. Jika أب digunakan ketika merujuk nasab dan warisan, والد pula digunakan bila dikaitkan dengan berbakti kepada ibu bapa, berlaku ihsan dan berakhlak mulia kepada mereka. Seperti contoh dalam surah Luqman

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (31:14)

Yang menariknya di ayat ini Allah telah mendahului zaman teknologi sekarang dalam mendefinisikan siapa ibu bapa yang sebenar. Sekarang anak boleh dilahirkan dengan menyewa rahim perempuan lain. Tetapi Allah ingin mengajar kita dengan memberi tafsiran tepat yang dapat disampaikan daripada bahasa Al-Quran. Jadi والدي digunakan bila dimaksudkan dengan ibu bapa kandung yang melahirkan kita. Inilah kehebatan bahasa Al-Quran di mana Allah meletakkan ‘rights of the parents’ tepat pada tempatnya.

“母の日おめでとう”

والله أعلم

Tingkatan Manusia Bersama Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wrh

Apa khabar?

Sunyi sepi je blog ni. Dah lama betul tak menulis. Sebelum nak masuk balik ke gear menulis, kena warm-up dulu. Untuk itu, ini sedikit perkongsian daripada buku yang terjemahannya ialah “Program Khasmu bersama Al-Quran”, satu excercise book yang ada excercise untuk memantapkan lagi penghayatan kita dengan Al-Quran. Jarang ada buku Arab macam ini. Biasanya banyak kitab-kitab sharahan je. Saya kongsi mana yang mampu. Kepada ustaz-ustaz di luar sana, kalau ada silap dalam terjemahan saya, sila betulkan yer. Saya kongsi satu part awal dulu.

درجات الناس مع القرآن الكريم

Tingkatan-tingkatan manusia bersama Al-Quran

.

١.القراءة بدون قواعد تلاوة صحيحة

Bacaan Al-Quran tanpa kaedah yang betul

.

٢.القراءة مع حسن التلاوة

Bacaan Al-Quran dengan kaedah yang baik

.

٣.المدارسة الأولية البسيطة لمعاني الكلمات و تفسير الآيات من التفاسير المختصرة

Pelajaran basic dan mudah tentang maksud kalimat-kalimat dan tafsir ayat daripada tafsir-tafsir ringkas.

.

٤.معرفة أدوات العلم المتعلقة بالقرآن (مجامع علوم القرآن) الوحي-أسباب النزول-جمع القرآن و ترتيبه-المكي-المدني-المحكم و المتشابه-الناسخ و المنسوخ

Mengenal ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran – wahyu, asbabul nuzul, pengumpulan Al-Quran dan tertibnya, ayat makki, ayat madani, ayat muhkam dan mutashabih, ayat nasakh dan mansukh

.

٥.المدارسة الجيدة للتفسير مما يحقق الفهم الجيد للمعاني والقيم القرآنية و الأوامر و النواهي و الحكم و المقاصد

Pelajaran baik tentang tafsir yang dapat mencapai kefahaman baik tentang makna-makna dan nilai kepentingan Al-Quran, perintah dan larangan, hukum-hukum dan tujuan-tujuan.

والاجتهاد في قيام الليل به والتربية في مدرسة قيام الليل

Bersungguh-sungguh dengan Al-Quran dalam Qiyamullail dan pentarbiyahan Al-Quran dengan Qiyamullail

الاجتهاد في العمل به في النهار

Bersungguh-sungguh dengan Al-Quran dalam perbuatan seharian.

.

٦.العمل به و الالتزام به في كافة المعاملات. العمل به والدعوة إليه و التمكين له و مجادلة أهل الباطل به و بذل كل ما أستطيع في سبيل التمكين له و إعلاءه.

Beramal dengan Al-Quran dan komited dengannya dalam seluruh mu’amalah. Beramal dengan Al-Quran dan berdakwah kepadanya dan menguatkuasakannya dan melawan ahli batil dengannya dan berusaha sedaya upaya dalam usaha penguatkuasaanya dan memartabatkannya.

.

من مشروعك الخاص مع القرآن – إبرهيم الديب


Sama-sama kita bermuhasabah di mana kedudukan kita dan berusaha meng’upgrade’kan penghayatan kita dengan Al-Quran inshAllah.

a talking map (an old fact to be reviewed)

talking-map-4705

Bahasa Melayu

-oleh Dr.Hafidzi, penulis buku Jejak Risalah Nusantara-


Wujud melayu kerana Islam dan ini terserlah pada tulisan (jawi) dan bahasa komunikasinya.

Bila du’at (pendakwah) datang ke nusantara mereka terpaksa mencari bahasa perantara dakwah yang sesuai. Maka di antara bahasa-bahasa yang maju ketika itu (kurun ke 7 – 13) ialah bahasa Jawa dan sanskrit, Tetapi bahasa-bahasa ini sarat nilai-nilai hindu dan Buddha. Sedang al Quran ‘mubin’ jelas dan tidak boleh disampaikan dengan makna-makna yang ambiguous. Maka bahasa yang paling murni ketika itu ialah bahasa melayu kerana ia bahasa tahap rendah, tidak ada kosa kata dan perbendaharaan kata yang membawa nilai-nilai falsafat dan keagamaan. Bahasa melayu adalah seperti bahasa Arab kuno – yang miskin dari nilai-nilai agama dan filsafat tdk seperti bahasa Persia, Yunani, Greek dan Romawi.

Lalu bahasa melayu yang miskin itu diperkasa dengan istilah-istilah al Quran. Di antara istilah yang memabanjiri bahasa melayu ialah kalimah-kalimah berkaitan aqidah. Istilah iman tidak boleh diterjemahkan ke dalam istilah sedia ada. Iman bukan ‘percaya’ kerana iman membawa maksud ‘tasdiq bil qalbhi, taqrir bil lisan’ (membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan) dan komponen ketiga yang penting ialah amal bil jawarih (amal dengan anggota badan). Aqidah itu sendiri menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Aqidah ialah ‘aqaid’ atau ikatan. Aqidah bukan sekadar pegangan atau kepercayaan tetapi ikatan yang bersifat hablum minallah dan habluminnas. Dari sinilah datangnya perkataan ‘ikat’ – dari ‘aqaid ataupun aqidah.

Pendakwah Arab/muslim mengamati di dalam bahasa melayu ada perkataan ‘takut’ – tetapi takut tak boleh boleh digunakan untuk merujuk kepada ‘taqwa’. Sebab takut membawa pada perasaan mahu menjauhkan diri. tetapi taqwa membawa seseorang semakin hampir dengan Allah. Maka taqwa pun diterima pakai sebagai istialh bahasa melayu.


Continue reading ‘Bahasa Melayu’

Harga sebuah kemaafan

Satu teriakan perlawanan, bukan ketakutan
Satu suara dalam kegelapan, satu ketukan pada pintu
Dan sebuah dunia yang menggemakannya bertalu-talu
-Henry Wardsworth Longfellow, Revere-

Tidak pernah terjadi dalam sejarah, para panglima pasukan musuh, seluruhnya masuk ke dalam agama penakluknya. Kecuali peristiwa yang indah itu; Fathul Makkah. Dan wanita ini ambil bahagian dalam kancah itu, dengan sebuah perjalanan yang sulit, dengan cinta yang rumit, dengan mengalahkan dendam yang pahit.

Namanya Ummu Hakim binti Al Harits. Dia lahir, tumbuh, dan merenda masa depan di tengah keluarga yang paling dahsyat permusuhannya terhadap da’wah Rasulullah, Shallallaahu ‘Alaihi wa Sallam. Ayahnya, Harits ibn Hisyam, hingga ajal menjemput tak henti memusuhi Sang Nabi. Paman, sekaligus mertuanya adalah Abu Jahl ibn Hisyam, Fir’aun-nya ummat ini. Dan harus kita sebut nama suaminya, ‘Ikrimah ibn Abu Jahl, panglima Makkah yang paling ganas dan ditakuti setelah Khalid ibn Al Walid.

Hari itu adalah hari takluknya Makkah. Nama suaminya berada di baris atas daftar pencarian pasukan Rasulullah. Untuk dibunuh. Karena permusuhan sengitnya yang tak kunjung henti, karena keganasannya dalam menyiksa kaum beriman. Juga demi pemusnahan dendam kesumat dan darah kejahatan yang mengalir dalam dirinya; darah Abu Jahl. Sebuah nama yang mendenging di telinga kaum muslimin sebagai pembantai orang beriman, penganiaya mukmin lemah, pengobar kebencian, permusuhan, dan peperangan.

Dia berharap hari itu suaminya akan memenuhi ajakan Khalid ibn Al Walid yang membawa pesan padanya, ”Masuklah Islam, engkau akan selamat!” Ya, masuk Islam saja. Atau setidaknya berpura-pura. Tapi jawaban ’Ikrimah sungguh menggiriskan hatinya. ”Andaikan di muka bumi ini tak tersisa lagi selain diriku, aku tetap takkan mengikuti Muhammad selama-lamanya!” Keras kepala! Keras kepala! Persis seperti ayahnya yang memilih kehancuran daripada kebenaran ketika berdoa, ”Ya Allah jika apa yang dibawa Muhammad itu memang benar dari sisiMu, hujani saja kami dengan batu dari langit!”

Detik itu juga Ummu Hakim menyaksikan suaminya berkemas. Ia tak bertanya. Ia akan tahu nanti bahwa lelaki yang dicintainya itu pergi ke Yaman. Kini hatinya yang dirundung duka, dendam, dan lara itu itu harus ditata lebih dahulu. Mari kita bayangkan seorang wanita yang tumbuh di tengah ayah, mertua, suami dan keluarga besar yang paling sengit memerangi da’wah. Mencaci-maki Muhammad dan mencelanya sudah bagai ritual agama dalam rumahtangga dan keluarga besarnya.

Tentu ada dua kemungkinan tentang jiwanya sejak lama. Pertama, jika ia bersimpati pada Muhammad dan diam-diam beriman, atau setidaknya mendukung dalam hati. Tentu masa berpuluh tahun ini bukan masa yang mudah untuk dilaluinya. Ia harus menyembunyikan perasaan kagum dan dukungannya dari seluruh keluarga yang sering menyanyikan seruan permusuhan. Pahit sekali. Pahit sekali mendengar lelaki berakhlaq mulia, yang datang dengan segala kebaikan bagi Quraisy itu dihina dan direndahkan di telinganya. Atau kadang mungkin ia ditegur, ”Mengapa kau tak ikut mencela Muhammad?”

Atau kemungkinan kedua. Bahwa ia tak beda dengan suami, ayah, mertua atau pamannya. Seorang yang tumbuh dengan kebencian tak terperikan pada Islam. Pada Muhammad. Maka saat yang paling sulit dan rumit itu adalah sekarang. Ketika mertuanya yang perkasa, Abu Jahl telah lama gugur di Badar dengan meninggalkan luka di hati suaminya, dan di hatinya. Luka itu belum kering. Dendam itu masih menyala. Kini, ketika Muhammad datang bersama sepuluh ribu bala tentaranya. Ketika seluruh wangsa Quraisy harus tertunduk malu kepadanya di depan Ka’bah. Si yatim, si miskin, si santun itu kini memegang kendali nasib mereka. Maka, bagaimanakah perasaannya?

ia telah mengalami
apa yang mungkin dialami bumi ini
di saat ia terburai memanjang oleh mata bajak
sehingga bulir-bulir gandum bisa disemaikan
-Victor Hugo, Les Miserables-

Kita tak tahu keterangan pasti, bagaimana sebenarnya keadaan hatinya sejak semula. Yang jelas, saat ini dia akan melakukan sebuah hal besar yang melampaui segala perasaan itu. Hatinya yang kukuh –mungkin khas klan Bani Makhzum- menggerakkannya untuk menemui Rasulullah. Dan di hadapan beliau dia meminta satu hal yang menurut perkiraannya tak mungkin dipenuhi. Jaminan keamanan dari beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam untuk suaminya.

Sepertinya tak mungkin. Tapi apa salahnya berharap pada Allah Yang Maha Kuasa tentang seorang yang begitu damai memberikan pengampunan umum atas Quraisy hari itu. Muhammad seorang pemaaf, bukan pendendam. Meski suaminya ada di daftar atas para buronan, apa salahnya mencoba?

Dan Rasulullah memang menjawab, ”Ya.”

Bahkan Ummu Hakim pun terkejut menyaksikan begitu mudahnya jawaban itu keluar dari bibir sang manusia mulia. Dan diiringi senyum yang sangat manis, sangat damai. Tiba-tiba tubuhnya serasa ringan, hatinya lapang. Ia kini tak ragu bahwa Islam adalah pilihan hidup untuknya, dan untuk suaminya. ”Ah..”, gumam Ummu Hakim. Tapi ini baru langkah pertama. Meminta kepada Rasulullah jauh lebih mudah daripada membujuk suaminya. Dan untuk menemui lelaki itu pun bukan hal ringan. Ke Yaman. Ke Yaman yang jauh dengan perjalanan berbahaya, melintasi gurun kosong yang tak aman dari hewan buas dan manusia beringas. Ke sana ia harus menuju, menyusul lelaki gagah yang keras hati itu.

Berbahagialah mereka yang digerakkan oleh cinta kepada hidayah..♥♥♥

“Saya menemukan satu jenis hasil ekskresi yang tidak menimbulkan rasa jijik”, tulis Kazuo Murakami dalam The Divine Message of The DNA. Ya, sekawan ia dengan keringat, urine, lendir, juga –maaf- najis. Tetapi apa yang kita rasakan saat melihat yang satu ini; air mata? Sangat berbeda dengan yang lain. Kilaunya justru memukau. “Walau saya tak mengerti”, kata Murakami, “Bagaimana emosi kita terinspirasi dalam benak, saya tahu bahwa saat saya tergerak hingga menangis, hati saya terasa dibersihkan dan tidak ada tempat lagi di dalamnya bagi kebencian maupun kemarahan.”

Dan itulah yang terjadi pada ’Ikrimah. Dia juga tak dapat menahan air mata, melihat kilau-kemilau di mata isterinya. Ia memang hanya setengah percaya pada pesan yang dibawa wanita tegar ini. Muhammad mengampuninya? Agak sulit menerima itu. Ia hanya setengah percaya pada pesan ini. Tapi ia sepenuhnya percaya pada selaksa kesulitan yang ditempuh Ummu Hakim untuk bisa menemuinya di Yaman. Ia percaya pada ketulusan wanita ini. Ia percaya pada cintanya. Ia tergerak di titik balik kehidupan, ketika semua yang dimilikinya terasa berantakan.

Berbahagialah mereka yang digerakkan oleh cinta kepada hidayah..

Nun di Makkah sana, Sang Nabi tiba-tiba bersabda kepada shahabat-shahabatny a.

”Sebentar lagi ’Ikrimah ibn Abi Jahl akan datang ke tengah kita sebagai seorang mukmin yang berhijrah”, katanya, ”Maka kuminta kepada kalian untuk menghentikan semua celaan dan cacian kepada ayahnya!” Ya, mencaci dan mencela Abu Jahl selama ini seolah telah menjadi bagian dari kehidupan seorang muslim. Tak pernah ada sesosok manusia yang kebengisannya kepada da’wah melebihi Abu Jahl, dan tak pernah ada sesosok manusia yang dibenci melebihi dirinya.

Tapi kini Sang Nabi, yang pernah dijeratnya dengan selendang, yang pernah ditimpuknya dengan isi perut unta, yang berkali-kali nyaris dibunuhnya meminta mereka untuk menyambut putera si musuh Allah dengan cinta sebagai saudara seiman. Tidak membenci, mungkin. Tapi mencintai? Memaafkan, mungkin. Tapi melupakan?

Di luar dugaan para shahabat, Sang Nabi memberi mereka pelajaran lebih jauh. Sosok agung itu melompat dari duduknya, bergegas maju menyambut, menjabat, dan memeluk ’Ikrimah! Sementara putera musuh Allah itu terbengong takjub.

”Ya Muhammad! Aku mendengar dari wanita ini bahwa engkau memberikan jaminan keamanan untukku. Benarkah itu?”

Ah.. dengarlah, dia masih menyebut isterinya dengan ’wanita ini’. Dan bahkan ia menanyakan jaminan keamanan terlebih dahulu sebelum menyatakan diri berislam.

”Benar. Engkau aman wahai ’Ikrimah..”

Maka ’Ikrimah pun masuk Islam, berislam dengan sempurna, dan menebus dirinya kepada Allah dengan syahid di Perang Yamamah. Dan tahukah kalian para shahabatku di jalan cinta para pejuang, bahwa baru sejak saat itulah, sejak suaminya masuk Islam Ummu Hakim merasa cintanya pada suami berbalas ketulusan yang sama? Berbahagialah mereka yang digerakkan oleh cinta kepada hidayah. Berbahagialah ’Ikrimah yang digerakkan cinta kepada hidayah. Berbahagialah Ummu Hakim yang digerakkan hidayah kepada cinta..

Di jalan cinta pejuang, bahkan hal kecil seperti air mata yang bening, bisa menjadi sebuah gairah yang menggerakkan manusia, mengubah dunia..

-Salim A. Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang, hal 205-210..
(Diubahsuai sedikit ke Bahasa Malaysia oleh matapensel)

Buat Zuljausyan

Akhi
ingatkah kau time hati kita diketuk, mata kita mula terbuka
lalu kita disedarkan tentang tugas kita
bukan tugas sebagai raja, bukan tugas ulama, bukan tugas engineer, bukan student
bukan! bukan! bukan!
cukuplah tugas sebagai manusia,
tugas kau dan tugas aku

ketika kita sama-sama mengakui dan mengikat janji untuk memikul tugas shahadatul haq
aku lihat kau menangis melihat nasib ummat ini
semangat kau membara
tangan kau erat tergenggam

tapi bila kau pulang aku lihat kau…..kau….kau..
kau kembali ke dirimu yang lama
mulut kau bisu,
langkah kau kaku,
kau sibuk dengan zikirmu
sehingga lupa nasib saudara-saudaramu

Akhi
Jibril takkan datang memelukmu
bukalah matamu dah lihatlah sekililing mu
butakah kau?
saudara-saudaramu sedang dirogol oleh berhala-berhala jahiliyah
dikelentong terang-terang oleh kuffar
diperbudakkan, diperbodohkan, ditarik hidung
peringatan apa lagi yang kau mahukan?

Akhi,
jalan ini tak perlukan air mata mu
tak perlukan simpati mu
tapi aku ingin mengajak kau bersamaku,
bukan sekadar menjadi penumpang
bukan menjadi penonton
tapi bersama membentuk barisan
tak mahukah kita jadi macam Nabi Ibrahim,
menghancurkan berhala-berhala jahiliyah,
menyemai benih di tanah gersang

Akhi
aku ingin bertanya kepadamu
agar kelak kau dapat bertanya kepadaku
fahamkah kau bila dakwah itu wajib???
fahamkah kau bila dakwah itu wajib???
sekali lagi fahamkah kau???

laa tahzan

dipetik dan diedit: http://blog.mayuru.com/2008/11/laa-tahzan-2/

buat teman-teman seperjuanganku yang berasa sedih mahupun kecewa..

— —

ikhwah, ingat tak suatu ketika dahulu, ALLAH mencipta kita…

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Mafhum Surah al-Mukminuun: 14 – link)

…dan sungguh dia menciptakan kita sebaik-baik kejadian.  Lengkap segalanya. Tangan kita. Kaki kita. Mulut kita. Lidah kita. Ya, bahkan kalbu dan perasaan kita seluruhnya Dia ciptakan.

Dialah yang melengkapkan diri kita dengan perasaan. Gembira. Riang. Ceria. Semuanya penghias jiwa. Tanpa semua perasaan itu jiwa yang tak mampu merasai kehidupan ini. Kita tak mampu simpati pada sahabat kita. Kita tak mampu menyangi keluarga kita.

Tetapi denganya juga kita rasa derita. Kita sedih.  Kita rasa kecewa. Kita terasa siksa jiwa yang diruntun ujian demi ujian.

Kenapa Dia ciptakan perasaan ini? Pastinya bukan untuk menyiksa sanubari kita. Seharusnya lebih tepat sebagai pendidik buat kita. Kita lupa mudah lupa apa yang kita senang dan selesa dengannya. Tapi kita akan ingat pelajaran dari keperitan dan kepayahan.

ikhwah, sememangnya ALLAHlah yang menciptakan perasaan kecewa. Tapi tidaklah Dia membebankan penyebab kecewa itu lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Bahkan Dia sebutkan dengan kalamNya yang suci…

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya… (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 – link)

…bahkan dia ajarkan juga do’a untuk kita pohonkan padaNya tatkala terasa beban yang kita bawa…

…(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.  (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 - link)

ikhwah… Ketahuilah, sesudah kesusahan itu kesenangan. ALLAH tidak menciptakan kesusahan, melainkan setelah kita mengharunginya ada kesenangan. Bukan itu sunnahNya?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Mafhum Surah al-Insyirah: 5-6 – link)

ikhwah. Tatkala engkau bersedih… Ingatlah ALLAH. Bertaubatlah. Mohonlah keampunan. Barangkali ada dosa yang kita lakukan yang menyebabkan gundah. Gusar. Hati tidak tenteram.

Mohonlah sesungguh-sungguhnya kepadaNya. Hadapkan keperluan dan perhatian kau padaNya. Bukakanlah jiwa dan raga kau pada Dia Yang Maha Pendengar.

Solatlah sekhusyuknya. Ingatlah Dia jua al-Qadir. Yang Maha Menentukan. Harapkan sebaik, insyaALLAH Dia kan memberikan kebaikan buatmu.

…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Mafhum Surah ar-Ra’d: 28 – link)

ikhwah. Jalan ALLAH jualah jalan yang membawa ketenangan. Bukankah apabila bersandar pada sesuatu yang kuat itu mendatangkan perasaan tenteram? Bahkan ALLAHlah sebaik-baik sandaran, lantaran Dialah yang Paling Perkasa (al-’Aziz), juga Paling Kuat (al-Qawiy) serta dia jugalah yang Empunya Kemuliaan (Dzul Jalaali Wal-Ikraam).

ikhwah. Tegaskanlah keyakinanmu dengan ALLAH. Usahlah engkau bersedih…

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Mafhum Surah Fussilat:30 – link)

…kerana apabila kita teguh iman dan cukup taqwa, malaikat ALLAH akan turun buat kita memujuk kita! Bukankah itu perkara yang menggembirakan? Bahkan janji syurga itulah kesenangan yang paling hebat dari ALLAH subhanahu wataala.

Akhir kata. ikhwah, bergembiralah. Ukirlah senyuman pada mukamu. Hilangkanlah gusar di hatimu. Kerana kita adalah insan Muslim dan Mu’min yang bertaraf ummah yang terbaik di muka bumi ALLAH ini!

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Mafhum Surah Ali ‘Imran: 110 – link)