60,560 terkorban gempa bumi China
YINGXIU 24 Mei – China hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengumumkan sekurang-kurangnya 60,560 orang rakyatnya terkorban dalam gempa bumi terburuk yang melanda negara ini 12 Mei lalu, dengan angka sebenar yang terbunuh mungkin melepasi 80,000.
Perdana Menteri Wen Jiabao mengumumkan angka itu semasa menemani Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dalam lawatan beliau ke bandar Yingxiu, yang rosak teruk akibat gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu.

Ini bukan kebetulan. Dunia makin tenat dan makin penat menanggung manusia. Mungkin bumi merasa sedikit kelegaan pabila Allah mengizinkan ia melepaskan tekanannya. Bayangkan betapa tensi nya bumi. Manusia membuat kerosakan, sesuka hatinya. Menyakitinya. . tidak mempedulikan haknya. Bukan dia tidak boleh bila-bila masa saja membenamkan seluruh manusia.. Namun dia adalah hamba yang taat. Sentiasa tunduk dan patuh atas perintah Allah.
Ini bukan kebetulan. Allahlah yang memegang nyawa manusia sekaliannya. Apa ya yang mahu disampaikan pabila Dia menarik berpuluh ribu nyawa sekaligus.
Apa kita semua tidak mahu berfikir? Mahu jadi statistik juga? (mai)
waLlaha’lam




memang sedih melihat nasib rakyat tempatan negeri cina dengan berlakunya gempa bumi itu. kalau boleh di bantu memang kita akan melakukannya. lebih lebih lagi di saat negara china sedang melakukan persiapan olimpik games nya. sabar lah negara china, ini semua dugaan Allah