Archive for June, 2008

Risalah Selasa 2 Bahagian 2

Post sebelumnya
1. Risalah Selasa 1
2. Risalah Selasa 2 Bahagian 1

Saudara sekalian, kewajiban kita terhadap Al-Qur’anul Karim ada empat:

1. Hendaklah kita memiliki keyakinan yang sungguh dan kuat bahawa tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial yang diambil dan bersumber dari kitab Allah swt. ini. Sistem sosial apa pun yang tidak bersumber atau tidak berlandaskan kepada Al-Qur’anul Karim pasti bakal menemui kegagalan. Misalnya, banyak orang mengatasi masalah ekonomi dengan terapi pembaikan, “tidak menggemukkan dan tidak pula sekadar menghilangkan lapar”. Sementara Al- Qur’anul Karim telah menggariskan aturan tentang zakat, mengharamkan riba, mewajibkan kerja, melarang pemborosan, sekaligus sekaligus menanamkan kasih sayang antara sesama manusia. Dengan arahan semacam masalah kemiskinan tentu dapat segera diselesaikan. Tanpa jalan penyelesaian ini, tidak mungkin ia dapat diselesaikan. Selain penyelesaian semacam ini, semuanya hanya ibarat pil penenang sementara.

Contoh lain adalah masalah kesihatan. Saudara sekalian, kalian mendapati mereka ibarat orang yang membuka botol minuman berdiameter tiga milimeter, sedangkan di bawahnya terdapat tapak yang berdiameter tiga meter. Mereka membuat rumah-rumah sakit dan klinik-klinik kesihatan, tetapi akar penyakit tidak dibanteras. Misalnya, taraf hidup yang masih rendah. Padahal Islam menghendaki peningkatan taraf hidup dan pembanterasan berbagai-bagai kemungkaran. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidaklah perilaku keji terlihat nyata di tengah- tengah suatu kaum, kecuali akan banyak penyakit menimpa mereka, yang tidak pernah menimpa orang- orang sebelum mereka.”

Saudara sekalian, contoh lain misalnya pembanterasan jenayah. Apakah kita akan memenjarakan pencuri ke penjara agar dia mengasah kehebatannya kepada jenayah-jenayah sehingga semakin lama masa tinggalnya di penjara, semakin tinggi pula kehebatanya dalam melakukan jenayah? Andaikata nas Al-Qur’an berikut ini diambil, “Atau diasingkan dari negeri (tempat kediamannya)”, nescaya hal ini akan memberikan banyak manfaat kepada Negara.
Continue reading ‘Risalah Selasa 2 Bahagian 2′

Rahsia Al-Quran – Surah Al-Qiyamah: Abdul Sattar

Seringkali apabila kita membaca Quran, kita akan menjumpai diri kita seperti dalam sebuah lautan, tidak menyedari ke mana ombak itu membawa kita. Satu benda yang paling penting yang patut difahami apabila kita mendekati Quran ialah ia bukan ditulis dengan lojik akal manusia, tetapi oleh ketentuan Sang Maha Pencipta.

Maulana Maududi, suatu ketika menulis dua perenggan yang pernah saya baca ketika zaman remaja kira-kira 10 tahun dulu yang sering bermain di fikiran saya setiap kali saya membuka Al-Quran.

Si pembaca akan menemui pertukaran tema yang tiba-tiba dengan kerap. Watak penerima dan watak pemberi sentiasa bertukar apabila satu masa ditujukan kepada seseorang dan kemudiannya kepada satu kumpulan manusia. Tidak ada jalur pemisah yang jelas di antara bab dan perenggan. Sama juga, penyampaian tentang suatu perkara sangat berbeza. Jika kisah sejarah dibawa, ceritanya tidak mengikut corak yang biasa dijumpai dalam kisah sejarah. Apabila perbincangan tentang soalan falsafah atau metafizik, kita tidak akan menemui terminologi yang biasa digunakan dalam lojik dan falsafah. Tajuk tentang budaya dan politik atau soalan tentang sosial dan ekonomi manusia dibincangkan dalam corak yang sangat berbeza dari karya biasa dalam sosial sains. Konsep perundangan dan kehakiman diterangkan tetapi berbeza dari karya konvensional. Apabila kita menjumpai pengarahan tentang etika, kita menjumpai ia dalam bentuk yang tidak dapat dijumpai di mana-mana bidang etika.

Si pembaca yang beranggapan bahawa sebagaimana sepatutnya style sebuah buku disusun jika dibandingkan dengan Buku ini, akan berasa sangat confuse sehingga merasakan bahawa Quran adalah satu buku yang rojak, tidak koheren, tidak tersusun, tidak mengandungi apa-apa melainkan perlbagai komen yang dicampuradukkan dengan secara spontan. Kritik liar menggunakan hujah ini sebagai asas kritikan mereka, manakala mereka yang sering menyalah tafsirkan Quran menyimpulkan bahawa Quran adalah hasil yang tidak bersangkut paut antara satu sama lain sehingga memberikan kebebasan untuk ditafsirkan dan menyebabkan ia jauh menyimpang dari maksud asal Allah yang menurunkan kitab ini.

Kemudian Maulana Maududi menulis dalam sebuah buku kecil ini, menjawab dan menerangkan tentang kekusutan persoalan ini dengan menyatakan bahawa kriteria di atas adalah satu manifestasi kehebatan dan kecantikan Al-Quran yang menunjukkan keupayan yang jauh tiada tandingan manusia. Introduction to the Study of the Quran

Continue reading ‘Rahsia Al-Quran – Surah Al-Qiyamah: Abdul Sattar’

Apa Titik Tolak Dakwah?

Dari Madrasah Al-Imam Ash-Shahid Hassan Al Banna

Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapa permasalahan yang tidak dapat kita nafikan. Yang amat jelas adalah masalah perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita susuri lebih jauh, beberapa pertanyaan mungkin akan muncul:

Apakah jalan yang jelas ke arah mencapai tujuan?

Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan menghadapi berbagai tentangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi?

Apa Titik Tolak Dakwah?

Kita mulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat basic:

Apakah titik tolak dakwah itu?

Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan erti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian di mana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du’at maupun dakwah itu sendiri.

Dakwah seharusnya bermula pada jalan dakwah para Nabi a.s. Mereka menyeru manusia kepada Subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada Sirat Al-Mustaqim, sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berasal dari hati yang sedar bahawa inilah jalan kita, iaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah (saw).

Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw). Musuh kita yang sebenarnya adalah shaitan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa’ (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair
(dosa-dosa besar), bid’ah-bid’ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalambentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan
berasaskan Islam.

Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu, dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, iaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak Nabi Adam hingga Rasulullah (saw). Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.

Bisikan Syahadah Di Ringlet

Satu pengalaman yg dialami seorang kenalan saya dan beberapa org ikhwah lain di Malaysia.


Pengalaman mengIslamkan tiga saudara baru pada tiga hari yang lepas diterjemahkan menerusi cerpen berjudul ‘Bingkisan Syahadah Di Ringlet’.

Oleh: Dini Syarif Aku

Mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Pukul 6.00 petang. Hari tampak makin kelam, siang kian berangkat pergi. Kujeling Auzan yang begitu fokus memandu. Saiful di kerusi belakang asyik memerhati gunung-ganang yang menggamit pandangan. Rabbani dan Rahman pula kelihatan begitu letih. Keadaan di Kuala Lumpur amat sesak, serasa perjalanan ke Cameron Highland ini begitu memenatkan. Inilah kali pertama aku mendaki kawasan yang cukup dingin ini. Bayu yang mengelus memang menyegarkan, amat mendamaikan. Namun singgahanku ini bukanlah sekadar liburan, tetapi kupunya satu misi agung. MengIslamkan Amar Thapa.

Akalku segera mengenang apabila lelaki Nepal itu menghubungiku Jumaat yang sudah. Dia menyatakan keinginan untuk memeluk Islam. Katanya dia kini berkerja di Cameron Highland. Cameron Highland? Letaknya jauh beratus batu. Sedangkan harga petrol naik mendadak. Lamunanku terhenti. Kereta yang berselisih membunyikan hon. Di batu penanda tertera jelas jarak menuju Ringlet tinggal lagi 20 kilometer. Aku mengeluh panjang. Hujung minggu sebegini sewajarnya aku luangkan bersama famili. Inilah detik rehatku yang paling tepat.

Selaku aktivis, waktu kerjaku bukan hanya sembilan pagi hingga enam petang. Adakalanya hingga larut malam. Silap-silap, bermalam di pejabat atau mungkin di merata-rata tempat. Berjalan ke sini sana seakan-akan jadi suatu rutin. Termasuk apa yang aku alami sekarang, berjaulah beratus kilometer ke kawasan pedalaman – demi mengIslamkan Amar! Entah-entah, Amar ini masih ragu-ragu, lalu tiba-tiba dia enggan memeluk Islam. Buang masa saja! Astaghfirullah, cepat-cepatku beristighfar. Continue reading ‘Bisikan Syahadah Di Ringlet’

Risalah Selasa 2 Bhg 1

Kita panjatkan puji syukur ke hadrat Allah swt. Kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, untuk segenap keluarga dan sahabat baginda, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Saudara tercinta, saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari Allah, yang baik dan diberkahi: assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Seseorang layak berasa pelik terhadap sikap kebanyakan manusia terhadap kitab Allah swt.: Al-Qur’anul Karim. Saudara sekalian, sebagaimana saya katakan sebelumnya, sikap kebanyakan manusia pada waktu ini terhadap kitab Allah ibarat sekelompok manusia yang diliputi kegelapan dari segala penjuru. Mereka keliru, berjalan tanpa sebarang petunjuk pun. Kadang-kadang mereka jatuh ke jurang, kadang-kadang melanggar batu, dan kadang-kadang saling berlanggaran. Keadaan mereka terus demikian, tersesat membabi buta dan berjalan dalam kegelapan yang pekat. Padahal di hadapan mereka ada sebuah tombol elektrik yang andaikata mereka tekan dengan jari, maka gerakan yang sedikit itu dapat menyalakan sebuah lampu yang terang-benderang. Inilah Saudara- saudaraku, perumpamaan umat manusia sekarang dan sikap mereka terhadap kitab Allah.

Seluruh dunia ini tersesat dalam kegelapan yang pekat. Seluruh alam berjalan tanpa petunjuk. Berbagai-bagai sistem telah rosak, masyarakat telah hancur, nasionalisme telah jatuh. Setiap kali manusia membuat sistem baru untuk diri mereka, dengan cepat sistem itu menemui kegagalan. Hari ini, manusia tidak mendapatkan jalan selain berdoa, bersedih, dan menangis. Sungguh aneh, kerana di hadapan mereka sebenarnya terdapat Al-Qur’anul Karim, kitab Allah swt.

“Bak Unta mati kehausan di padang pasir,sedangkan air terpikul di punggungnya”

Mereka tidak mendapatkan jalan petunjuk, padahal di hadapan mereka ada cahaya yang sempurna.

“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

“Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya, dan mengikuti cahaya terang yang diturunkan kepa- danya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-A ‘raf: 157)

“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kalian Rasul Kami, menjelaskan kepada kalian banyak dari isi Al-Kitab yang kalian sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan mengeluar-kan mereka dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah: 15-16)

Continue reading ‘Risalah Selasa 2 Bhg 1′

Risalah Selasa 1

Kita panjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah swt. Kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, seluruh ahli keluarga dan sahabatnya, serta sesiapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Wahai saudara yang terhormat, saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari Allah, yang baik dan diberkati: Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Sebelum kita memasuki kajian tentang kitab Allah swt. saya ingin mengingatkan wahai saudara, bahawa ketika menyampaikan kajian- kajian ini, kita tidak semata-mata bertujuan untuk memperoleh pemahaman dan melakukan analisis ilmiah. Tujuan kita ialah membimbing rohani dan akal untuk memahami makna-makna umum yang terkandung di dalam Kitabullah. Sehingga dari sini kita dapat memiliki prasarana untuk memahami Al-Qur’anul Karim, ketika kita membacanya. Dengan demikian, kita telah melaksanakan sunnah tadabur, tadzakur, dan mengambil pelajaran sebagaimana yang
disebutkan di dalam kitab Allah swt.


“Sesungguhnya Kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran itu?” (Al-Qamar:17)


“Ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah, supaya mereka memerhatikan ayat-ayat-Nya dan orang-orang yang mempunyai fikiran mengambil pelajaran.” (Shad: 29)

Saudaraku yang tercinta, kajian-kajian tentang ayat-ayat Al-Qur’an Al-Karim yang hendak saya sampaikan ini, tidak saya maksudkan menghimpun secara lengkap dan luas aspek-aspek ilmiah dalam tema yang sedang kita bahas, tetapi saya sekadar ingin mengarahkan rohani, hati, dan fikiran kepada maksud-maksud luhur yang dikehendaki oleh Kitab Allah swt., Al-Qur’anul Karim, ketika mengemukakan suatu pengertian. Jika ini telah wujud, wahai saudaraku, maka di depan anda dan di depan para pembahas yang lain terbuka pintu yang lebar untuk mengadakan kajian dan analisa. Silakan mengkaji sekehendak anda dan mempelajari dengan lebih terperinci. Sungguh saya percaya, saudara tercinta, saat-saat ketika kita berbahagia dengan perjumpaan kita seperti ini, tidak memberikan kesempatan yang luas kepada kita untuk mengadakan analisis ilmiah yang menghuraikan tema perbahasan dari segala sisi.

Saudaraku, satu-satunya tujuan kita dari kajian-kajian ini adalah agar kita dapat merenungkan isi kitab Allah swt. Ia ibarat lautan yang kaya dengan mutiara. Dari arah mana pun anda mendatanginya, anda akan memperoleh kebaikan yang melimpah ruah.

Kerana itu, perbahasan kita berkisar pada tujuan-tujuan yang bersifat global dan umum, yang dikemukakan oleh ayat-ayat Al-Qur’anul Karim. saudara sekalian, marilah kita tolong-menolong untuk menyingkapnya. Alhamdulillah, tujuan-tujuan tersebut cukup jelas dan terperinci. Harapan kita, semoga masing-masing dari kita memperoleh kunci pemahaman kitab Allah, untuk memahami ayat-ayatnya. Dengan demikian, ia dapat menggunakan kunci tersebut untuk berinteraksi secara langsung dengannya setiap kali ia memperoleh waktu lapang dan setiap kali ia ingin menambah cahaya, faedah, dan manfaat yang ditimbanya dari Kitab ini. Saya tidak menuntut bahawa kajian- kajian ini merupakan puncak segala kajian, kerana setiap kali manusia melakukan penjelajahan fikiran dan pandangan mereka terhadap kitab Allah swt. nescaya ia akan mendapati makna-maknanya ibarat gelombang laut yang tak pernah habis dan tidak bertepi. Kerana Al-Qur’an adalah firman Allah Yang Maha tinggi dan Maha besar.

Pesan saya kepada kalian, wahai saudara, hendaklah kalian menjalin hubungan dengan Al- Qur’an setiap saat, supaya kalian mampu mendapatkan ilmu baru setiap kali berhubungan dengannya.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan kami
mengurus diri kami sendiri walau sekejap pun,
atau lebih cepat dari itu, wahai Sebaik-baik Dzat
Yang Mengabulkan!

*Ini adalah kandungan dari siri Risalah Selasa oleh Ust Hasan Al Banna. Siri ini akan disiarkan pada setiap hari Selasa.