Risalah Selasa 2 Bahagian 2

Post sebelumnya
1. Risalah Selasa 1
2. Risalah Selasa 2 Bahagian 1

Saudara sekalian, kewajiban kita terhadap Al-Qur’anul Karim ada empat:

1. Hendaklah kita memiliki keyakinan yang sungguh dan kuat bahawa tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial yang diambil dan bersumber dari kitab Allah swt. ini. Sistem sosial apa pun yang tidak bersumber atau tidak berlandaskan kepada Al-Qur’anul Karim pasti bakal menemui kegagalan. Misalnya, banyak orang mengatasi masalah ekonomi dengan terapi pembaikan, “tidak menggemukkan dan tidak pula sekadar menghilangkan lapar”. Sementara Al- Qur’anul Karim telah menggariskan aturan tentang zakat, mengharamkan riba, mewajibkan kerja, melarang pemborosan, sekaligus sekaligus menanamkan kasih sayang antara sesama manusia. Dengan arahan semacam masalah kemiskinan tentu dapat segera diselesaikan. Tanpa jalan penyelesaian ini, tidak mungkin ia dapat diselesaikan. Selain penyelesaian semacam ini, semuanya hanya ibarat pil penenang sementara.

Contoh lain adalah masalah kesihatan. Saudara sekalian, kalian mendapati mereka ibarat orang yang membuka botol minuman berdiameter tiga milimeter, sedangkan di bawahnya terdapat tapak yang berdiameter tiga meter. Mereka membuat rumah-rumah sakit dan klinik-klinik kesihatan, tetapi akar penyakit tidak dibanteras. Misalnya, taraf hidup yang masih rendah. Padahal Islam menghendaki peningkatan taraf hidup dan pembanterasan berbagai-bagai kemungkaran. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidaklah perilaku keji terlihat nyata di tengah- tengah suatu kaum, kecuali akan banyak penyakit menimpa mereka, yang tidak pernah menimpa orang- orang sebelum mereka.”

Saudara sekalian, contoh lain misalnya pembanterasan jenayah. Apakah kita akan memenjarakan pencuri ke penjara agar dia mengasah kehebatannya kepada jenayah-jenayah sehingga semakin lama masa tinggalnya di penjara, semakin tinggi pula kehebatanya dalam melakukan jenayah? Andaikata nas Al-Qur’an berikut ini diambil, “Atau diasingkan dari negeri (tempat kediamannya)”, nescaya hal ini akan memberikan banyak manfaat kepada Negara.

2. Bagaimana pendapat Anda jika sistem ini diterapkan secara menyeluruh? Saudara sekalian, penyelesaiannya hanya Islam. Islam tidak menerima persekutuan. Kerana itu, kita wajib mempercayai bahawa hanya Islam yang layak menyelamatkan umat ini dari setiap bencana yang menimpa dalam seluruh aspek kehidupan. Maka dengan itu, kaum muslimin wajib menjadikan kitab Allah sebagai sahabat karib, kawan bicara, dan guru. Kita harus membacanya. Jangan sampai ada hari yang kita lalui tanpa menjalinkan hubungan dengan Allah swt. melalui Qur’an. Demikianlah keadaan para pendahulu kita, kaum Salafus soleh, semoga Allah meredhai mereka. Mereka tidak pernah kenyang dengan Al-Qur’anul Karim. Mereka tidak pernah meninggalkannya. Bahkan mereka mencurahkan waktu mereka untuk itu, sehingga Rasulullah saw. melarang mereka berlebihan di dalamnya. Setidak-tidaknya, Saudaraku, hendaklah kita membaca Al-Qur’an secara rutin, meskipun sedikit. Sunah mengajarkan agar kita mengkhatamkannya tidak lebih dari satu bulan dan tidak kurang dari tiga hari. Sayidina Umar bin Abdul Aziz apabila disibukkan oleh urusan kaum muslimin, beliau mengambil mushaf dan membacanya walaupun hanya dua atau tiga ayat. Beliau berkata, “Agar saya tidak termasuk mereka yang menjadikan Al-Qur’an sebagai sesuatu yang ditinggalkan.” Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa membaca satu ayat dari Kitabullah, maka dia memperoleh sepulub kebaikan untuk setiap huruf. Barangsiapa mendengarkannya, maka ia akan memperoleh cahaya pada bari kiamat.”

Orang yang telah menghafalkan Al-Qur’an kemudian melupakannya, dia telah melakukan satu dosa besar. Kerana itu, Saudara sekalian, Anda harus rajin membaca Al-Qur’anul Karim dan menetapkan bacaan rutin dan kitab Allah swt. untuk din Anda. Hendaklah kalian tekun melaksanakannya, sebagai peneladanan terhadap para pendahulu umat ini, sebagai pelaksanaan perintah Allah swt. dan agar mendapatkan manfaat dan kandungan kitabNya.

3. Setelah itu, ketika membaca Al- Qur’an kita harus memperhatikan adab-adab membacanya dan ketika mendengarkan kita juga harus memperhatikan adab-adab mendengarnya. Hendaklah kita berusaha merenungkan dan meresapinya. Rasulullah saw. bersabda:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini turun dengan kesedihan, maka jika kamu membacanya, hendaklah kamu menangis. Jika kamu tidak menangis, maka buatlah seolah-olah dirimu menangis.”

Saudaraku, ini ertinya adalah, bahawa jika hati anda belum dapat konsentrasi sampai pada tingkat menghayatinya, hendaklah Anda berusaha untuk menghayatinya. Janganlah syaitan memalingkan anda dari keindahan perenungan sehingga anda tidak
mendapatinya.

Tekunlah! andaikan dalam membaca anda hanya dapat menggerakkan lidah, teruskanlah membaca! Hendaklah anda menyediakan waktu untuk menghafal dan mengulang. Usahakan agar anda benar-benar meresapi kandungan makna Al-Qur’an. Banyak riwayat menceritakan bahawa pada suatu malam Sayidina Umar bin Khathab ra. pergi berkeliling kota. Tiba-tiba beliau mendengar seseorang membaca,

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi bukit Thur. Dan demi kitab yang ditulis. Pada lembaran yang terbuka. Dan demi Baitul Makmur. Dan demi atap yang ditinggikan (langit). Dan demi laut yang di dalam tanahnya ada api. Sesungguhnya seksa Tuhanmu pasti terjadi. Tidak ada yang dapat mencegahnya.” (At-Thur: 1-8).

Ketika mendengar bacaan ini, beliau berkata, “Inilah sumpah yang benar, demi Tuhan Pemilik Ka’bah.” Beliau lantas tersungkur pengsan. Beliau dimamah oleh seorang sahabat yang bernama Aslam dan dibawa ke rumahnya. Beliau sakit selama tiga
puluh hari, dijenguk oleh masyarakat.

Saudaraku, demikian halnya dengan Umar bin Abdul Aziz. Suatu ketika beliau datang ba’da isya’. Beliau lantas berwudhu dan berdiri melaksanakan solat. Beliau membaca,

“(Kepada malaikat diperintahkan) kumpulkanlah orang-orang zalim dan teman sejawat mereka beserta apa yang selalu mereka sembah, selain Allah. Lantas tunjukkan kepada mereka jalan menuju neraka Jahim. Dan hentikan mereka, sesungguhnya mereka akan ditanya.” (Ash-Shafat; 22-24).

Beliau terus mengulang-ulang ayat, “Dan hentikanlah mereka, sesungguhnya mereka akan ditanya,” sampai muadzin datang untuk mengumandangkan azan subuh.

Demikianlah, Saudara sekalian, penghayatan mereka terhadap kitab Al-Qur’anul Karim. Pada zaman Imam Syafii, jika mereka ingin mempelajari kitab Allah di Makkah, mereka mengirimkan surat kepada beliau, agar beliau membacakan kitab Allah. Beliau tidak pernah terlihat menangis, seperti pada hari tersebut. Hendaklah kita juga membaca Al-Qur’an dengan bacaan yang membuahkan. Jika Al-Qur’an ini dapat menyentuh hati orang-orang kafir, yang merupakan manusia paling jauh kemungkinannya untuk menghayati kitab Allah, maka bagaimana pula dengan kita? Lihatlah Utbah bin Rabi’ah (seorang kafir), ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dari Rasulullah saw., dia berkata.

“Sesungguhnya bacaan ini mengandungi kelazatan dan keindahan. Atasnya membuahkan, bawabnya menyejukkan. Sungguh, ini bukan perkataan manusia.”

Begitu pula yang terjadi pada Najasyi dan kaumnya ketika mendengar Ja’far bin Abi Thalib membaca Al-Qur’an. Teresak-esak mata mereka dialiri oleh air mata.

Lalu bagaimana dengan orang-orang yang beriman? Seharusnya, ketika orang-orang beriman membaca kitab Allah swt. adalah sebagaimana yang difirmankanNya,

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan, iaitu Al-Qur’an yang serupa (mutu ayat ayatnya) lagi berulang-ulang; gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian kulit dan hati mereka menjadi tenang pada waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun yang mampu memberikan petunjuk
kepadanya.” (Az-Zumar: 23).

Saudaraku, setelah kita beriman bahwa Al-Qur’an adalah satu-satunya penyelamat, kita wajib mengamalkan hukum- hukumnya. Hukum-hukum Al-Qur’anul Karim menurut yang saya ketahui, terbahagi kepada dua:

a) Hukum-hukum individu yang berkaitan dengan setiap orang, seperti solat, puasa, zakat, haji, taubat, serta akhlak, yang meliputi kejujuran, menepati janji, kesaksian, dan amanat. Ini semua, wahai Saudaraku, merupakan hukum-hukum yang berhubungan dengan manusia secara umum. Setiap orang dapat melaksanakannya sendiri. Ketika Anda membaca Al-Qur’an, Anda harus mematuhi hukum-hukum dan batasan-batasannya. Barangsiapa yang belum pernah solat, kemudian membaca firman Allah swt., “Dan dirikanlah solat,” (An-Nur: 56) maka dia harus melaksanakan solat. Dan ketika membaca, “Dan janganlah kamu mengurangi timbangan manusia,” (Al-A’raf: 85) maka Anda harus memenuhi hak setiap orang. Seharusnya Anda tidak perlu menunggu orang lain untuk melaksanakan hal ini. Sesuatu yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas.

b) Kedua adalah hukum-hukum yang berkaitan dengan masyarakat, atau hukum-hukum yang berkaitan dengan penguasa. Ini semua merupakan kewajiban negara, misalnya menegakkan hudud (persetujuan hukum), jihad, dan masalah-masalah yang merupakan tugas negara dalam Islam. Negara wajib melaksanakannya. Jika negara tidak melaksanakannya, ia bertanggungjawab di hadapan Allah swt. Kewajiban rakyat dalam keadaan demikian adalah menuntut pelaksanaannya. Sesungguhnya Islam tidak membebaskan umat dari tanggungjawab.

Sekarang, bagaimana umat dapat mewujudkan hal ini? Hendaklah umat bersatu padu. Hendaklah umat menyatukan kata, menuntut, dan terus menuntut. Hendaklah umat menggunakan segala cara untuk menyampaikan tuntutan ini, khususnya jika sistem kenegaraan yang berlaku seperti sistem kenegaraan di Mesir. Jika demikian, tidak ada alasan bagi siapa pun untuk tidak menyatakan hal ini dengan terus terang. Umat tidak dapat dilepaskan dari kewajipan mengawasi Negara.

Saudara sekalian, hendaklah kita menyatukan barisan dan menyatukan kata, sehingga kita menjadi kuat, diperhitungkan, dan mempunyai suara agar negara dapat memandang kenyataan yang ada. Dengan demikian, cepat atau lambat kita akan sampai kepada tujuan, insyaAllah.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan kita, Muhammad, juga kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

0 Responses to “Risalah Selasa 2 Bahagian 2”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply