Archive for October, 2008

Adakah dengan kata-kata ini engkau berasa hairan ..

Bismillahi rahmani rahim.

Saat in berkecamuk fikiranku. Aku membaca sedikit simbahan dari lautan al-quran. Iaitu dari surah al-Qalam, semoga Allah kurniakan manfaat kepadaku dari percikan itu. Aku juga baru-baru ini membaca cebisan tulisan ammu Syed Qutub yang amat aku kagumi dan takuti (dari buku hazaddin). Kalaulah beliau berjalan atau menjelma dihadapanku pasti aku akan menyorokkan diri. Beliau amat aku geruni. Cukuplah kata-kata dalam tulisan-tulisanya itu, untuk menggerunkan jiwa ku yang dhoif dan shoboi ini. Baru-baru ini juga aku sempat mentelaah coretan-coretan ustaz Hasanul banna (dari buku risalah dakwah). Seorang imam yang sangat ingin aku bertemu dengannya. Seorang imam penuh kasih saying kepada umat Islam dan umat manusia. Sederhana kata-katanya, menusuk segenap jiwaku yang shoboi ini dan membongkarnya. Nyatalah ia lebih dhoif dari yang aku sendiri sedari.

Setelah itu ada sesuatu yang menyirat dalam kepala ku seperti suatu jaringan. Daripada kata-kata Tuhan yang maha Agong, dari beberapa hadis dan kisah sejarah yang ku pelajari, daripada mereka ini sang pendahulu, dan daripada secebis pengalaman ku pada hari ini.

Ingin aku terapkan sesuatu pada diriku dan keluargaku, ingin ku sampaikan sesuatu pada kalian, tetapi aku sendiri tidak tahu .. apakah kalian akan memahami jiwa ku ini apabila membacanya. Apakah kalian akan dapat memahami terseksanya jiwa, terbebannya bahu, dan pecahnya hati ini.. Apabila pada hari ini..

Tiadanya satu kuasa yang memimpin manusia menerusi manhaj islam yang syumul. Yang menempah deritanya umat ini, terhoyong-hayangnya tujuan manusia seharian. Dan teraba-rabanya manusia dalam kegelapan. Pergilah segala kemajuan, pergilah segala pengetahuan sains, pergilah segala bangunan tinggi dan computer, pergilah. Pergilah. Jauh-jauh. Kalau dengan engkau aku menderita ketidak-tenangan, aku menderita memikirkan masa depan dunia yang sempit dan melarat ini.

Parahnya dunia ini. Adakah engkau dapat merasakannya? Saat ini kelopak mataku menahan air mata. Entah bila-bila masa ia akan gugur. Peritnya. Adakah kau juga merasakannya?

Lalu apakah daya usaha kita untuk membaiki dunia ini .. kerana engkau dan aku bergelar khalifah rabbul ‘alamin di bumi ini. Kerana kau dan aku adalah pengurus seluruh bumi ini. Segenap isi dan sudutnya. Seluruh ahli dan pelusuknya. Tiada siapa lagi yang boleh engkau harapkan untuk menjaganya. Melainkan engkau dan aku. Lalu apakah usaha engkau dan aku?

Telah jelas dimataku sejak dulu lagi. Walaupun kini aku lebih memahaminya dan menyedari kerealistikannya. Iaitu matlamat dan tujuan hidupku adalah menuju redha Allah. Ini adalah persoalan terpenting dalam kehidupan. Terpenting!. Lupakan soal-soal lain, ketepikan soal makan minum, anak isteri atau jodoh. Jika persoalan pokok ini masih belum kau jawab, kelak akan kau temui keresahan yang tidak kehabisan, kebingungan yang tiada ketemu penyelesaian. Seperti saja kaum kuffar disekelilingku ini. Menderita dalam arus kemajuan ciptaan system jahiliyyah kapitalis. Bagi aku, aku telah jelas (semoga Allah menetapkan aku di jalan Islam, dan menjadi hamba kesukaanNya), segala daya usahaku ku arahkan dan ku serahkan padaNya. Iman dan jihad menjadi bekal, ikhlas dan istiqamah menjadi petunjuk peneguh sepanjang jalan hidupku yang singkat ini. Lalu apakah yang aku cita-citakan? Iaitu mengembalikan manusia kepada manhaj Islam yang syumul. Satu-satunya manhaj yang sesuai untuk umat yang bergelar makhluq, pastinya ia adalah untuk umat yang bergelar manusia, untuk kau dan untuk aku. Namun manfaatnya melebar bukan sahaja untuk manusia, tetapi untuk alam. Kerana itulah satu-satunya tujuan utama syahadah yang aku ucapkan. Iaitu mengaku ketuhanan dan keTUANan Allah kepada seluruh manusia.

Lalu tercapaikah cita-citaku melalui penulisan dan luahan perasaan ini? Tercapaikah cita-cita ku melalui pengajian PhDku? Atau melalui usahaku yang conet, comel-lote ini? waAllahua’alam. Aku sendiri tidak tahu. Tetapi aku mengenali satu hakikat dan satu jalan. Iaitu hakikat sebuah cita-cita untuk mengembalikan manusia kepada manhaj Ilahi yang dahsyat ini. Mungkin engkau setuju dengan ku, atau mungkin engkau juga menyedari malah mempunyai cita-cita yang sama dengan ku. Cuma bezanya, aku mengetahui caranya, bagaimana untuk menuju ke sana. Aku meyakini keberkesanannya, yakinlah wahai saudaraku ia berkesan. Yakinlah. Aku tidak mampu membuktikannya melainkan mengajak engkau menyelak jendela sejarah dan kau amatilah ia. Itulah yang sering kau dengari sebagai “7 maratib amal”. 7 steps menuju cita-cita kita yang mulia ini.

Iaitu dengan terbinanya individu-individu muslim. Bak embun di waktu pagi kecil, tapi mampu membasahkan. Yang aku maksudkan bukan individu-individu yang melafazkan kalimah syahadah. Kalau itu sudah pasti ku temui ribuan juta. Tetapi individu yang menyedari dengan sebenar arah hidup kita yang agong itu. Dan individu yang mempunyai cita-cita yang sama dengan engkau dan aku. Iaitu cita-cita kita yang mulia itu. Ia menyedari kedahsyatan sistem islam ini. Dengan kesedaran bahawa islam itu adalah suatu sistem yang merangkumi kesemuanya yang pernah dan tidak pernah kau lihat, atau yang pernah dan tidak pernah engkau dengar, atau segala perkara yang pernah dan tidak pernah engkau fikirkan.

Kemudian engkau sendiri membentuk keluarga, bersama individu yang serupa. Pilihlah semahumu, asalkan kau bentuk keluarga bersama individu-individu tadi. Binalah pula keluargamu dengan matlamat dan cita-cita yang agong dan mulia ini.

Rakan-rakanmu juga membentuk keluarga mereka dengan matlamat dan cita-cita yang sama. Sehingga nanti apabila engkau sedar, ia akan membulat, membentuk suatu masyarakat yang faham matlamat dan cita-cita mereka. Yang faham akan kedahsyatan dan kesempurnaan sistem ini.

Sehingga tibalah pula saatnya nanti, apabila masyarakat telah pulih dan sedar, masyarakat ini akan menuntut dan membina sebuah negara, dan sebuah kuasa (kuasa kecil), dan kuasa-kuasa kecil ini akan bergabung pula, dan membentuk sebuah empayar, dan empayar ini kelak akan disegani dari segenap pelusuk ahli bumi. Sehingga nanti empayar ini akan dituruti dan dirujuki, kerana manhaj agong ini tiada tandingannya di muka bumi ini. Kerana manhaj ilahi inilah penyelesaian dan jawapan kepada semua masalah yang engkau lihat bertaburan di muka bumi ini. Pada hari itulah cita-cita kita tarcapai.

Lihat lah tadi wahai saudara ku ..pertumbuhan secara natural yang aku ceritakan, begitu harmoni dan real. Perlahan tapi pasti. Kecil tapi teguh!. cita-cita kita tercapai dengan permulaan setitis embun dingin yang tumbuh di waktu fajar. Sekeping hati bergelar individu muslim yang faham. Lalu lekaslah engkau membentuk dirimu dan diriku, dan diri individu muslim yang lain supaya mereka sedar, faham dan yakin! Akan matlamat dan cita-cita kita yang agong dan mulia ini.

Lalu bekerjalah engkau untuk itu. Carilah segenap usroh yang mengajarmu matlamat dan cita-cita ini. Mengajarmu kedahsyatan system ini. Barulah hidup ini akan bermakna untuk mu.

Ia akan menelan korban, masa, dan segala sabarmu. Ia bukan suatu cita-cita mudah malah umurmu mungkin tidak sempat sampai ke sana. Ia akan memakan generasi demi generasi. Mungkin engkau tidak sanggup, kerana ini bukan cerita untuk orang yang bermudah-mudah seperti mu. Lalu capailah cita-cita mu yang cetek dari janji-janji manhaj jahiliyyah tadi. Kautlah gelaran dan harta sehingga sampai ke lubang kuburmu.

Tetapi aku ingin menyertai keretapi ini, keretapi Nabi, sahabat-sahabat dan para pengikut beliau yang benar.

Ya Allah, tetapkanlah tapak kaki kami. Amiin.

……………………………………………….

Tempoh masa yang terpaksa dilalui oleh manhaj ini adalah jauh terbentang, tiada batas umur dan tidak akan disegerakan semata-mata kerana ingin mencapai keinginan seseorang yan gtakut dikunjungi maut atau bimbang tidak berkesempatan untuk mencapai cita-cita yang masih jauh ini. -Syed Qutub-


Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fahaman. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama di sisi kita. -Hasanul banna-


Adakah dengan kata-kata ini engkau berasa hairan? dan engkau tertawakan dan tidak menitiskan air mata? sedangkan engkau lengah darinya. Lalu sujudlah engkau kepada Allah dan sembahlah Dia (sebagai ilah mu)

malulah kepada si burung ..

…”Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud” ..(34 : 10)

Ketahuilah wahai saudaraku (semoga Allah menganugerahkan sebaik2 taufiq kpd saya dan anda) bahawa setiap manusia itu mempunyai tujuan utama dalam hidupnya. Di mana seluruh pemikiran diarahkan kesana, semua amal perbuatan tertuju kepadanya dan semua cita2 terpusat padanya. Tujuan asasi itu dikenal luas dgn istilah ‘idealisme’. Apabila tujuan ini bergelojak di dalam jiwa mereka, maka akan menghasilkan amal2 mulia, jiwa pemiliknya akan memiliki keindahan ruhani (ketenangan), dan selalu terdorong utk mencapai kesempurnaan (yang difikirkannya), hingga dapatlah pada satu hari nanti meraih kemuliaan yang telah ditakdirkan utknya.

Islam (yang dtg utk memperbaiki jiwa manusia, mensucikannya, dan membimbingnya menuju puncak kesempurnaan yg mungkin dapat diraih) telah menjelaskan tujuan tertinggi kpd seluruh manusia dan mendorong mereka menuju idalisme tertinggi. Idealisme tersebut adalah ‘ke-Mahasucian Allah swt”. Ayat Al-quran menyatakan,


50. (Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), Sesungguhnya Aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran Yang nyata.

Apabila anda telah mengetahui hal ini wahai saudaraku, maka jgn hairan jika seorg muslim selalu berzikir kpd Allah dlm semua keadaan dan berusaha mewarisi dari Nabi saw.(makhluk yg plg mengenal Rabb-Nya) beberapa kalimat indah dan mendalam dari zikir, do’a, syukur, tasbih, dan pujian dalam setiap kesempatan, baik kesempatan kecil maupun besar, serta kesempatan berharga ataupun remeh. Sebab Nabi saw, selau berzikir dalam semua kesempatan. Juga jangan hairan jika kami menuntut para rijal kami agar mengikuti sunnah Nabi saw dan meneladaninya dgn cara menghafal zikir2 ini dan mendekatkan diri kepada Zat Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun dengannya.

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

kapitalisme yg gagal

bismiLlah..

Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah (al-anfal:39)

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (al-baqarah:208)

shodaqaLlahul ‘adzim..

kadang-kadang saya termenung memikirkan apa sebenarnya yg berlaku disebalik semua pembelian makanan di seven-eleven, kelas2 seminggu di university, biasiswa yg student dpt setiap bulan tu, kerja2 part time sana sini… semestinya jauh dibelakang ada sistem atau proses2 yg complex yg mgkn sukar utk difahami… tp kn siapa sebenarnya yg mencorak dan menetapkan sistem kehidupan kita ni? kita mengaku diri sbg seorg muslim.. tp adakah kita sedar bahawa ‘muslim’ itu sendiri bererti ’submit’ iaitu seseorang atau sesuatu yg tunduk, patuh, submit kpd suruhan dan larangan Maha Pemerintah. Mengambil Islam sbg deen bermaksud mengambil sistem Allah sbg sistem kehidupan kita dr sekecil2nya hinggalah scale yg  terbesar. selagimana ada sistem2 atau ideologi2 yg menhalang diri kita utk submit sepenuhnya kpd Allah, maka adalah wajib bg stp muslim utk bertindak dan melakukan sesuatu spy agama itu semata2 utk Allah shj. waLlaha’lam.

saya yakin kebelakangan ni anda pernah mendengar berita2 ttg Wall Street, Lehman Brothers, AIG, Merrill Lynch, HBOS dan lain2.. bahkan mgkn anda telah menyaksikan sendiri permasalahan2 yg berlaku di dunia ekonomi skrg ni. satu artikel yg menarik berkenaan dgn ‘capitalism’ yg boleh sy kongsikan di sini insyaAllah

…………………………………………………….

sumber: dakwah.info

Tak dapat di sangkal lagi, memang kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang kini tengah berjaya di tingkat global terutama setelah momentum hancurnya sosialisme di awal 1990-an. Hampir seluruh negara di dunia, menerapkan system kapitalisme dengan pelbagai penyesuaian. Ramai yang memandang keutuhan dan kebaikan yang yang ada pada sistem ini, hinggakan Negara-negara Islam pun tidak lepas daripada mengamalkannya. Sesetengah beranggapan Kapitalisme mampu memberikan kesejahteraan. Tetapi krisis ekonomi global baru-baru ini telah membuka mata ramai manusia akan ketidakstabilan kapitalisme.

Namun para pemuja fanatik kapitalisme lupa untuk menyoal, siapa yang menikmati kesejahteraan itu. Sebagian besarnya hanya dinikmati negara-negara penjajah kaya. Ertinya, kapitalisme telah gagal secara total dalam pembahagian pendapatan global. Pada tahun 1960, 20 % penduduk dunia terkaya menikmati 75 % pendapatan dunia; sedang 20 % penduduk termiskin hanya menerima 2,3 % pendapatan dunia. Pada tahun 1997 ketempangan global itu bukannya makin berkurangan tapi makin parah. Sebanyak 20 % penduduk terkaya itu menikmati pendapatan global makin banyak, yakni 80 %. Sedang 20 % penduduk termiskin menerima pendapatan global makin sedikit, yakni menjadi 1 % saja (Spilanne, 2003).

Tak hanya gagal dalam pembahagian kekayaan, kapitalisme sesungguhnya saat ini tengah meluncur menuju jurang kehancuran. Tanda-tanda kerapuhan kapitalisme makin terlihat. Harry Shutt dalam bukunya Runtuhnya Kapitalisme (2005) menyebutkan bahwa kapitalisme kini sedang mengalami “gejala-gejala utama kegagalan secara sistemik”. Misalnya, semakin lesunya pertumbuhan ekonomi dan semakin seringnya krisis kewangan.

Krisis kewangan global yang terjadi hingga detik ini belum menunjukkan tanda-tanda reda. Krisis yang dipicu oleh kredit macet di bidang properti (subprime mortgage) di AS itu kini menjalar ke mana-mana. Korban pertama dari kredit kekacauan tersebut adalah dua hedge fund (pengelola dana investment) yang dikelola oleh Bear Stearns. Perusahaan tersebut kerugian pada July 2007. Disusuli kemudiannya dengan jatuhnya Morgan Stanley pada November 2007, dan meruginya bank-bank global senilai 55 juta dolar AS. Sekalipun perusahaan milik Uni Emirat Arab telah menyuntik 9,5 juta dolar AS ke Citigroup, namun tetap tidak mampu menyelamatkan keadaan. Tidak hanya itu, Cina pun menyuntik 5 juta dolar AS ke Morgan Stanley, termasuk Temasek Holding Singapura juga melakukan hal yang sama ke Merrill Lynch. Bahkan hutang-hutang bermasalah itu sudah dihapus oleh bank-bank global (seperti Citigroup, UBS dan HSBC), yang nilainya mencapai 300 miliar dolar AS, pada Januari-Februari 2008.

Melihat fenomena-fenomena yang tragis tersebut, maka tidak menghairankan apabila sejumlah pakar ekonomiter kemuka, mengkritik dan meragui kemampuan ekonomi kapitalisme dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi di muka bumi ini. Bahkan cukup banyak komentar yangmenyebutkan bahwa kapitalisme telah gagal sebagai sistem dan model ekonomi.

Contoh Perbandingan Sistem Islam

Kapitalis menggunakan Fiat money (mata wang kertas) adalah wang kertas yang secara legal diakui pemerintah melalui perintah sebagai wang resmi, tapi tidak disandarkan kepada logam seperti emas dan perak.

Wang kertas itulah yang sekarang digunakan oleh negara-negara kapitalis seperti Amerika Serikat. Sejak berakhirnya sistem Bretton Woods yang mengaitkan dolar dengan emas (1 ounce/28,35 gram emas = 35 dolar AS) pada tahun 1970-an, dolar AS tidak disandar lagi dengan emas dan dapat berlaku hanya kerana kepercayaan (trust) orang pada dolar. Seiring dengan dominasi kapitalisme AS, mata wang dolar kini menjadi salah satu mata wang kuat (hard currency) dunia yang digunakan sebagai standard nilai dan alat pembayaran dalam perdagangan internasional.

Sistem wang kertas ini merupakan salah satu akar kerapuhan kapitalisme. Betapa tidak, sebab bila dibandingkan dengan mata wang Islam (dinar dan dirham), wang kertas sesungguhnya mempunyai kelemahan mendasar, antara lain selalu terkena inflasi jangka panjang (Hamidi, 2007). Di samping itu wang kertas jauh dari nilai keadilan (fairness) lantaran nilai intrinsiknya tidak sama dengan nilai nominalnya.

Mengenai inflasi tetap, perhatikan ilustrasi berikut. Misalan Anda meminjamkan wang kepada teman Anda tahun ini sebesar RM 100 juta. Teman Anda akan mengembalikan sejumlah RM 100 juta juga tapi 10 tahun lagi. Samakah nilai RM 100 juta, dengan RM 100 juta untuk 10 tahun lagi? Jelas tidak sama, kerana wang kertas ini akan mengalami depresiasi (penurunan nilai) kerana inflasi tetap. Inilah kelemahan mendasar wang kertas.

Mata wang Islam (dinar dan dirham) berbeza dengan mata wang kapitalisme. Dinar dan dirham terbukti dalam sejarah sangat kecil sekali inflasinya. Di masa Rasulullah SAW dengan wang 1 dinar (4,25 gram emas) orang dapat membeli seekor kambing, dan dengan wang 1 dirham (2,975 gram perak) dapat dibeli seekor ayam. Pada masa sekarang ini di tahun 2007, dengan wang yang senilai 1 dinar orang masih dapat membeli seekor kambing. Dengan wang senilai 1 dirham orang sekarang masih dapat membeli seekor ayam. Luar biasa, bukan?

Momentum ini seharusnya menyadarkan kita, bahwa hanya Islamlah satu-satunya ideologi yang bisa menyelamatkan dunia. Sistem Islam yang di turunkan Allah merupakan satu-satunya deen yang di redhoi dan bersesuaian dengan keperluan manusia sejagat. Sesuai dengan banyak firman Allah, yang mengatakan bahwa ‘deen yang di redhoi adalah Islam’, ‘rahmatan lil alamin’ dan banyak lagi.

Ayuh, runtuhkan Jahiliyyah, tegakkan syariat Islam

Jalan kita sama

Bismillahirahmanirahim. Saya mulakan dengan potongan ayat dari surah ‘the night’ atau ‘al-layl’.

“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan.” (al-Layl 1-3).

Teringat satu ketika, saya keluar bersama zaujati di waktu malam. Sambil memerhatikan langit yang hitam dihiasi bintang.

“langit ni .. macam satu beg plastik yg menyelubungi bumi. Ade koyak-koyak (bintang yang menyinari) .. kan bang?”

sodaqaAllahul ‘azim. Malam itu memang menyelubungi bumi. Sebagai satu miracle dan tanda bagi orang yang berfikir.

Allah (Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini) bersumpah dengan miracle-miracle ini.. untuk menarik perhatian manusia, wahai kau manusia, perhatikanlah ini dan itu .. ada perkara yang penting akan kau dengari selepas ini.

Perkara yang sering kau perdebatkan dalam perbincanganmu, perkara yang sering menjadi isu hangat di forum-forum di laman web yang melata ke seluruh pelusuk dunia, perkara yang sering kau confusekan, perkara yang lebih kau sukai berbincang mengenainya dari membersihkan dirimu (tazkiyatun nafs), dari berusaha mendekatkan diri kepada Tuhanmu (Taqarrub illaAllah), dari berusaha mengenal Allah (ma’rifatullah), Sang Rabbul’alamin.

Surah inilah jawapannya. Surah inilah penentunya. Jawapan dan penentu kepada persoalan-persoalan. mana satu ni? Betul ke tak betul? Ape bezanya? Boleh ke ade macam ni? Yang sering kau debatkan dengan panjang lebar untuk menentukan mana satukah yang betul. Sedang Tuhanmu telah pon memutuskannya, telah pon menetapkan jawapannya.

Persoalan tentang apa? Ya. Tentang “j e m a a h”. (bukankah kau sangat suka mendebatkannya?)

Sedang kau abaikan keputusan Tuhanmu..

“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal kamu bermacam-macam.” (al-Layl 1-4)

Tujuan Allah bersumpah dengan malam dan siang. Lelaki dan perempuan yang berbentuk complementary (saling melengkapi) adalah untuk menerangkan kepada kamu wahai manusia.. sesungguhnya amal kamu bermacam-macam. Usaha kamu berlainan dari segi hakikatnya, dari segi motifnya, dari segi arah tujuannya, dan dari segi hasilnya. Manusia di bumi ini berlainan dan tidak sama dari segi tabiat dan kecenderungan, dari segi fikiran dan minat. Semuanya masing-masing dan berbeza. Setiap orang merupakan dunia yang tersendiri yang hidup dalam planet yang tersendiri.

Ini merupakan satu hakikat, tetapi di sana ada lagi satu hakikat yang lain iaitu hakikat umum yang merangkul seluruh manusia dengan alam mereka yang berlainan itu. Di mana seluruh manusia yang berlainan tadi dikumpulkan dalam dua barisan yang mempunyai panji masing-masing.

Iaitu golongan pertama ;

Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 5-6)

Dan golongan yang kedua ;

Adapon orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup. Dan tidak percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 8-9)

Inilah dua barisan, yang menjadi tempat pertemuan berbagai-bagai jiwa dan usaha, berbagai-bagai cara-hidup dan berbagai-bagai matlamatnya. Masing-masing mempunyai jalan sendiri dan masing-masing mempunyai kemudahannya.

Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan (al-Layl 5-7) (dari fizilalil quran)

Pokoknya adalah bekorban (memberi) dan bertaqwa. Serta berpegang teguh dengan aqidah yang paling indah. Iaitu aqidah Islam. Setelah ia telah bekorban, bertaqwa dan tsabat (tetap teguh) di jalanNya, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju kesenangan, jalan yang diimpikan setiap manusia. Kesenagan. Sesiapa yang Allah berikan kesenagan, maka sangat tenteramlah hidup dan setiap langkahnya. (ringkasan dari fizilalil quran)

Itulah keputusan Tuhanmu, yang tidak perlu kau perdebatkan lagi, Allah mahukan usaha dan pengorbananmu. Yang Allah sangat mengetahui, ianya bermacam-macam. Itulah penetapannya yang tak perlu kau confusekan lagi. Allah inginkan kau memberi dan bertaqwa, serta berpegang pada aqidah yang paling indah ini. Biar di manapon kau berada. insyaAllah jalan kita tetap sama. insyaAllah kita berada di bawah satu panji. Satu barisan manusia yang Allah rangkumkan, iaitu golongan orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Maka kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan.

“Adapun sikap dan pendirian kita terhdp semua pertubuhan islam ialah sikap kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong dan kesetiaan, kita sayang mereka, kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita baiki pemikiran2 yang berlainan supaya dapat pertolongan utk dapat kebenaran di bawah lindungan bertolongan dan kasih sayang, kita jgn dipisahjauhkan oleh pendapat feqah atau masalah perbezaan mazhab. Sesungguhnya agama Allah ini adalah mudah, tiada yang siapa yang boleh menyusahkan agama Allah. Dengan taufiq Allah kita telah dapat mencapainya. Kita menyelidik mencari yang haq melalui cara yang mudah yang dapat diterima akal. Kita yakin sesungguhnya suatu hari kelak akan gugur nama2 atau gelaran2 yang membezakan antara satu jemaah dgn satu jemaah orang islam, akan digantikan tempatnya oleh kesatuan kerja menyatukan barisan2 angkatan pengikut Nabi s.a.w. Tidak ada selain dari saudara2 muslim yang bekerja kuat utk agama dan berjuang utk agama Allah.” Imam hasanul banna

waAllahua’alam

Sudah Ketinggalan dengan Ah Chong?

Tidak pantas bagi seseorang yang benar-benar mengakui pejuang al-Haq untuk berlepas pandang terhadap hakikat alam di sekelilingnya. Dia perlulah meneliti dan memahami tabiat alam dengan sebenar-benarnya. Sudah menjadi risalah agungnya untuk memastikan bahawa alam ini bergerak selari dengan harakat (pergerakan) yang ditentukan oleh Penciptanya. Kegagalan memerhatikan dan tidak peduli akan tabiat harakat alam, bermakna dia sedang cuba melepaskan diri dari amanahnya dan meredhai perbuatan tangan-tangan Taghut yang bebas mengawal arah tuju pergerakan alam menurut al-Hawa mereka.

Allah memberi amaran keras kepada setiap manusia untuk berlindung daripada azabNya yang akan menimpa bukan sahaja kepada penyembah-penyembah Taghut bahkan kepada orang-orang Islam yang lalai daripada amanahnya iaitu mengembalikan harakat alam ke tabiat asalnya.

“Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di kalangan kamu dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaannya” (Anfal, 8:25)

Kerana amanah yang agung inilah manusia telah dimuliakan oleh seluruh penghuni langit apabila mereka diperintahkan untuk sujud kepada manusia. Tetapi makhluk yang bernama manusia itu lalai dan telah melupakan amanahnya. Kemuliaannya kini telah dirampas akibat leka dengan perhiasan dunia, tak ubah seperti kanak-kanak yang asyik dengan permainannya di tadika-tadika asuhan.

Ammu Sayyid Qutb telah menafsirkan tabiat harakat alam pada zamannya seperti mana yang terungkap dalam pembukaan karya agungnya yang telah menjadi titik peralihan bagi pemikiran pergerakan Islam, Ma’alim Fith Thariq; kejatuhan blok-blok pemuja Taghut yang bernama komunisme dan sosialisme mendesak kepada satu kuasa baru yang dapat mengembalikan maruah umat manusia yang pernah dimuliakan oleh penghuni langit suatu masa dulu. Kuasa itu tak lain dan tak bukan adalah kuasa yang berpandukan seluruhnya kepada Al-Quran.

Continue reading ‘Sudah Ketinggalan dengan Ah Chong?’

Bangsa yang Miskin

“Ada sejenis kemiskinan yang sangat mengerikan bagi suatu bangsa. Bukan kemiskinan yang seperti difahami oleh umat manusia saat ini, tetapi kemiskinan yang menjadi pangkal kehinaan di dunia dan akhirat.

Kemiskinan ini akan membuat suatu bangsa terkubur dalam penderitaan dan penguasaan bangsa lain selama-lamanya.

Biasanya suatu bangsa boleh dikatakan miskin kerana sumber daya mereka tidak menghasilkan perdagangan yang cukup atau miskin kerana dibodohi bangsa lain. Tetapi Al-Quran menyebutkan yang lebih dari itu, ada suatu kemiskinan iman kepada Allah dan RasulNya,

kemiskinan penghayatan terhadap sejarah hidup utusan Allah iaitu Muhammad saw yang cemerlang.

Penderitaan bangsa-bangsa di dunia sekarang ini, bukan sekadar disebabkan kerana tidak mampu memanfaatkan sumber daya alam mereka.

Yang lebih parah lagi adalah kerana mereka tidak punya sejarah, atau tidak punya kebanggaan masa lalu. Di saat seperti itu, bangsa tersebut tidak akan memiliki motivasi untuk bangkit memperbaiki nasibnya.

Akhirnya jiwa budak dan pelakon pelengkap penderita akan tetap membelenggu mereka.

Umat Islam yang kita cintai ini, sebenarnya memiliki sejarah dan peradaban masa lampau yang sangat agung.

Terutama dalam perjalanan sirah Nabi mereka yang penuh dengan barakah dan hikmah. Namun, kebanyakan mereka mengabaikannya. Sementara, kebanggaan terhadap sejarah Islam secara umum pun tercabik-cabik di sana-sini. Ini kerana masuknya peradaban barat melalui imperialisme yang perlahan-lahan menggeser semangat penghayatan sejarah pada kaum muslimin.

Para penjajah telah membuat umat Islam jauh dari sejarah mereka yang agung sekaligus berhasil menanamkan semangat kebanggaan jahiliyah di sebahagian kaum muda.”

Sang Murobbi – KH Rahmat Abdullah, petikan pengantar Manhaj Haraki.

Jauhnya kapal berlayar

“Akh, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da’wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.”
Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. 

Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu? ” sahut sang murobbi setelah sesaat termenung.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana mendingan sendiri saja.” Jawab mad’u itu. 

Sang murobbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman di wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

Akhi, bila suatu kali anta naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah sangat bobrok. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?”.
Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam. Sang mad’u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.
“Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?”.
Sang murobbi mencoba memberi pilihan.
“Bila anta terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana bila ikan yu datang. Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimanan antum mengatasi hawa dingin?”
 
Serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang mad’u. Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kian memuncak, namun sang murobbi yang dihormati justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya. 

“Akhi, apakah anta masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha Allah? “Bagaimana bila ternyata mobil yang antum kenderai dalam menempuh jalan itu ternyata mogok? Anta akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak dijalan, atau mencoba memperbaikinya? “ . Tanya sang murobbi lagi. 

Sang mad’u tetap terdiam dalam senggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya :”Cukup akhi, cukup. Ana sadar.. maafkan Ana…. ana akan tetap Istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medal kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan… . 
Biarlah yang lain dengan urusan peribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janjiNya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi pelebur dosa-dosa ana”.

Sang mad’u berazam dihadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya. 

Sang murobbi tersenyum.

Akhi, jama’ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah. Bila ada satu dua kelemahan & kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan anta. Sebagaimana Allah ta’ala menghapuskan dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu anta lebih baik dari mereka.” 

“Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan keluar yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?”sambungnya panjang lebar. Kita bukan sekadar penonton yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.

“Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil.tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!” “Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah tausiyah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada isu atau gossip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya. “ 

Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraaan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamulail. Malam itu, sang mad’u sibuk membangunkan mad’u yang lain dari asyik tidurnya. Malam itu sang mad’u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya.

 
Demikian yang kami harapkan dari antum sekalian.

Lelaki Misteri

Sedikit perkongsian daripada Surah Yasin dan Dakwatuna buat ikhwah semua.

1. Ayat 20

Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas dia berkata, “Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.” [36:20]

Di antara golongan pemuda, terdapat rijal yang benar-benar meyakini janji Tuhannya. Mereka mengikat diri untuk memikul tugas Rasul menjadi saksi kepada umat manusia. Panggilan dakwah itu didengari, lantas tubuh mereka meninggalkan segala kesenangan dunia untuk memburu redha Tuhannya. Segala kesusahan, kesempitan tidak dapat melenturkan keimanan mereka. Mereka tidak dapat lagi duduk di rumahnya apabila melihat kesesatan, kekufuran dan kejahatan di sekelilingnya. Mereka terus keluar mendapatkan kaumnya membawa keimanan yang terpacak di dalam hati mereka. Mereka itulah golongan yang benar-benar yakin dengan dakwah ini.

“Seseorang yang meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini. Orang ini akan kita ajak supaya bersama kita dan bekerja bersama kita supaya dengan ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkemundang. Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya. Begitulah sikap generasi pertama yang telah diberikan hidayah. Mereka mengikut dan meyakini risalah para nabi kemudian mereka berjuang bersungguh-sungguh. Mereka akan menerima ganjaran yang besar dari Allah. Mereka juga akan memperolehi ganjaran yang sama diprerolehi orang yang mengikut mereka. Tidak kurang walau sedikitpun.”

2. Ayat 21

Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. [36:21]

Manusia merasa hairan, apakah yang membuat mereka bersusah-payah dan mendorong mereka memikul beban dakwah yang besar? Mereka merelakan diri mereka untuk menjadi bahan ejekan, gangguan dan pelbagai bentuk penindasan sedangkan mereka tidak mendapat sebarang bentuk kesenangan dunia.

“Kita juga mahu seluruh umat Islam memahami bahawa dakwah kita adalah dakwah yang suci. Kesucian dakwah ini menyebabkan kita menolak segala kepentingan diri sendiri. Kita ketepikan segala keuntungan dunia, kita ketepikan segala keiniginan dan kehendak kita. Kita melangkah menurut langkah yang telah ditetapkan oleh Allah untuk para pendakwah.

Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia. Kita tidak akan menuntut sebarang wang atau ganjaran. Kita tidak akan meminta kedudukan. Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita. Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita.”

3. Ayat 22

Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah Allah yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan. [36:22]

Di sebalik segala penindasan yang menanti mereka, mereka teguh menyatakan kebenaran dengan sebenar-benarnya. Kata-kata mereka sejelas mentari, semangat mereka setinggi gunung, kaki mereka kukuh terpacak di jalan haq menyeru pengabdian kepada Rabbul ‘Alamin.

“Kita ingin jelaskan objektif kita kepada seluruh manusia. Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hapadan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah cahaya mentari, seterang sinar fahar, sejelas siang hari.”

4. Ayat 26

Dikatakan kepadanya. “Masuklah ke syurga”. Lelaki itu berkata “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui” [36:26]

Walaupun umatnya mengugut, menindas, dan menyeksa mereka, tapi tidak sekali-kali terlintas rasa dendam dan benci terhadap umatnya. Tubuh mereka itu sanggup dikorban untuk menyatakan Haq dan rasa kasih terhadap umatnya. Lafaz kasih sayang diungkapi biarpun tubuh diseksa. “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.”

“Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini. Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur. Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran. Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau redha dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri. Demi Allah kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri. Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu.”

Didn’t they say we are outdated?

Brothers, read the Quran!

pemburu yang hilang

Tiba ramadhan, banyakku lihat artikel-artikel terbit di wordpress, blogspot, .com dan .my bagaikan cendawan yang tumbuh seletah hujan. Banyak lagi ku lihat kata-kata semangat yang bermanfaat terpapar di status YM, tak kurang juga video-video dan poster-poster “jom ibadah!” di laman web yang menjelajah serata dunia. Lebih manis lagi banyak azam tilawah, qiam dan kempen-kempen sedaqah kedengaran. Ia bukan sekadar azam, aku yakin ia bukan sekadar azam. Ia adalah kata-kata sang pemburu syurga di dunia ini. Ya! Tetapi para pemburu ini cuma memburu di bulan ramadhan. Ketika musim banyak hasil dapat dikaut sekali gus. Lagi bagus kalau ditemuinya lailatul qadar. Setelah itu mereka balik ke planet mereka, entah di mana. Tak kelihatan lagi di bumi ini. Mungkin akan datang kembali memburu setelah tiba semula ramadhan.

Aku pon kurang pasti apa yang diburunya. Ramadhan .. atau pahala disisi Tuhannya. Mungkin mereka memburu ramadhan. Ya, mungkin benar, mereka memburu Ramadhan. Maka dibawanya pulang beberapa beg ramadhan bersama mereka sebagai hasil pemburuan. Dan lenyaplah kelibat mereka ketika fajar syawal menyising.

Rugilah si pemburu ramadhan. Kerana bekalnya (amalan di bulan ramadhan) tidak digunakan di bulan syawal, zulkaedah, zulhijjah dan seterusnya. Bekal itu akan basi dan busuk. Rugilah si Pemburu Ramadhan. Ini peringatan dari Tuhan mu. Kerana setiap manusia itu rugi, termasuklah si Pemburu Ramadhan. Setiap manusia itu rugi. Kecuali mereka yang beriman.. beramal soleh .. dan bertarung menyampaikan pesan dengan al-Haq dan as-Sobr.

Wahai sang pemburu syurga dibulan Ramadhan,
Engkau adalah penjaga planet ini,
Engkau singa-singa yang mengaum setiap siang dan mengambil bekal setiap malam.
Waktu hidupmu adalah waktu sehingga engkau syahid dengan anugerahNya.
Waktu hidupmu bukanlah sahaja di bulan Ramadhan, dan kemudian engkau tidur senyap. Atau engkau terus hanyut dengan tipu daya musuh-musuh mu.
Ramadhan itu tempat engkau bertapa.. bertapa menambahkan ilmu mu. Dan kemudian engkau berperang semula dan terus berperang.

Wahai sang pemburu syurga, buruanmu masih banyak.
Ambillah semuanya.

Next Page »