Semoga petikan ini menjadi bahan bakar untuk kita terus mengembara di bumi Sakura.

Da’i (yang betul-betul melaksanakan dakwah) tidak patut merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa yang banyak berqiamullail setiap hari atau dapat memperbanyakkan khatam Al-Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, kerja-kerjanya di dalam dakwah seperti mengajar manusia, dan mentarbiyyah pemuda-pemudi Islam itu lebih utama baginya dan lebih banyak pahalanya.
Contoh bagi mereka ialah tokoh-tokoh da’i dan ahli salaf yang mengembara di serata dunia untuk mengembangkan dakwah dan menyampaikan Islam. Mereka memulakan bicara dan sengaja bergaul dengan orang ramai hanya semata-mata dengan tujuan dakwah. Mereka tidak menunggu-nunggu orang ramai untuk datang dan bertanya kepada mereka
Begitulah sikap da’i yang sentiasanya….
Da’i Islam pada hari ini mesti menjadi pengembara dan banyak berjalan ke seluruh pelusuk bandar, kampung dan negeri untuk menyampaikan Islam kepada manusia.
Sebagai contoh, lihatlah bagaimana utusan-utusan Rasulullah S.A.W. yang round ke serata lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia Arab. Mereka tidak menunggu orang datang ke Madinah. Cubalah lihat, apakah jawapan baginda saw apabila seorang badwi bertanya kepada baginda tentang rukun Islam. Bila Rasulullah saw menjawab, orang badwi tersebut berkata: “Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatupun darinya.”
Orang badwi tersebut ketika memulakan soalannya sebenarnya berkata: “Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan bahawa Allah telah mengutus kamu?”
Jelaslah bahawa utusan Rasulullah saw telah pergi menemui mereka sebagai da’i. Manusia perlu didatangi. Sesiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, orang itu bukanlah seorang da’i.
Jika diperincikan lagi kata-kata orang badwi tersebut, ternyata kepada kita bagaimana sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk pergi kepada kaum ini. Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam
Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan dimulakan, pagi dan petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan berangan-angan atau mengharap tidak akan sampai ke mana. Fahamilah seerah para salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-¬mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.
Petikan Muntalaq




0 Responses to “Da’i adalah Pengembara”