Bismillahirahmanirahim. Saya mulakan dengan potongan ayat dari surah ‘the night’ atau ‘al-layl’.
“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan.” (al-Layl 1-3).
Teringat satu ketika, saya keluar bersama zaujati di waktu malam. Sambil memerhatikan langit yang hitam dihiasi bintang.
“langit ni .. macam satu beg plastik yg menyelubungi bumi. Ade koyak-koyak (bintang yang menyinari) .. kan bang?”
sodaqaAllahul ‘azim. Malam itu memang menyelubungi bumi. Sebagai satu miracle dan tanda bagi orang yang berfikir.
Allah (Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini) bersumpah dengan miracle-miracle ini.. untuk menarik perhatian manusia, wahai kau manusia, perhatikanlah ini dan itu .. ada perkara yang penting akan kau dengari selepas ini.
Perkara yang sering kau perdebatkan dalam perbincanganmu, perkara yang sering menjadi isu hangat di forum-forum di laman web yang melata ke seluruh pelusuk dunia, perkara yang sering kau confusekan, perkara yang lebih kau sukai berbincang mengenainya dari membersihkan dirimu (tazkiyatun nafs), dari berusaha mendekatkan diri kepada Tuhanmu (Taqarrub illaAllah), dari berusaha mengenal Allah (ma’rifatullah), Sang Rabbul’alamin.
Surah inilah jawapannya. Surah inilah penentunya. Jawapan dan penentu kepada persoalan-persoalan. mana satu ni? Betul ke tak betul? Ape bezanya? Boleh ke ade macam ni? Yang sering kau debatkan dengan panjang lebar untuk menentukan mana satukah yang betul. Sedang Tuhanmu telah pon memutuskannya, telah pon menetapkan jawapannya.
Persoalan tentang apa? Ya. Tentang “j e m a a h”. (bukankah kau sangat suka mendebatkannya?)
Sedang kau abaikan keputusan Tuhanmu..
“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal kamu bermacam-macam.” (al-Layl 1-4)
Tujuan Allah bersumpah dengan malam dan siang. Lelaki dan perempuan yang berbentuk complementary (saling melengkapi) adalah untuk menerangkan kepada kamu wahai manusia.. sesungguhnya amal kamu bermacam-macam. Usaha kamu berlainan dari segi hakikatnya, dari segi motifnya, dari segi arah tujuannya, dan dari segi hasilnya. Manusia di bumi ini berlainan dan tidak sama dari segi tabiat dan kecenderungan, dari segi fikiran dan minat. Semuanya masing-masing dan berbeza. Setiap orang merupakan dunia yang tersendiri yang hidup dalam planet yang tersendiri.
Ini merupakan satu hakikat, tetapi di sana ada lagi satu hakikat yang lain iaitu hakikat umum yang merangkul seluruh manusia dengan alam mereka yang berlainan itu. Di mana seluruh manusia yang berlainan tadi dikumpulkan dalam dua barisan yang mempunyai panji masing-masing.
Iaitu golongan pertama ;
Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 5-6)
Dan golongan yang kedua ;
Adapon orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup. Dan tidak percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 8-9)
Inilah dua barisan, yang menjadi tempat pertemuan berbagai-bagai jiwa dan usaha, berbagai-bagai cara-hidup dan berbagai-bagai matlamatnya. Masing-masing mempunyai jalan sendiri dan masing-masing mempunyai kemudahannya.
Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan (al-Layl 5-7) (dari fizilalil quran)
Pokoknya adalah bekorban (memberi) dan bertaqwa. Serta berpegang teguh dengan aqidah yang paling indah. Iaitu aqidah Islam. Setelah ia telah bekorban, bertaqwa dan tsabat (tetap teguh) di jalanNya, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju kesenangan, jalan yang diimpikan setiap manusia. Kesenagan. Sesiapa yang Allah berikan kesenagan, maka sangat tenteramlah hidup dan setiap langkahnya. (ringkasan dari fizilalil quran)
Itulah keputusan Tuhanmu, yang tidak perlu kau perdebatkan lagi, Allah mahukan usaha dan pengorbananmu. Yang Allah sangat mengetahui, ianya bermacam-macam. Itulah penetapannya yang tak perlu kau confusekan lagi. Allah inginkan kau memberi dan bertaqwa, serta berpegang pada aqidah yang paling indah ini. Biar di manapon kau berada. insyaAllah jalan kita tetap sama. insyaAllah kita berada di bawah satu panji. Satu barisan manusia yang Allah rangkumkan, iaitu golongan orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Maka kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan.
“Adapun sikap dan pendirian kita terhdp semua pertubuhan islam ialah sikap kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong dan kesetiaan, kita sayang mereka, kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita baiki pemikiran2 yang berlainan supaya dapat pertolongan utk dapat kebenaran di bawah lindungan bertolongan dan kasih sayang, kita jgn dipisahjauhkan oleh pendapat feqah atau masalah perbezaan mazhab. Sesungguhnya agama Allah ini adalah mudah, tiada yang siapa yang boleh menyusahkan agama Allah. Dengan taufiq Allah kita telah dapat mencapainya. Kita menyelidik mencari yang haq melalui cara yang mudah yang dapat diterima akal. Kita yakin sesungguhnya suatu hari kelak akan gugur nama2 atau gelaran2 yang membezakan antara satu jemaah dgn satu jemaah orang islam, akan digantikan tempatnya oleh kesatuan kerja menyatukan barisan2 angkatan pengikut Nabi s.a.w. Tidak ada selain dari saudara2 muslim yang bekerja kuat utk agama dan berjuang utk agama Allah.” Imam hasanul banna
waAllahua’alam




Wakarimashita…
Usahakan taqwa dan iman lebih utama dari segala-galanya…