Bismillahi rahmani rahim.
Saat in berkecamuk fikiranku. Aku membaca sedikit simbahan dari lautan al-quran. Iaitu dari surah al-Qalam, semoga Allah kurniakan manfaat kepadaku dari percikan itu. Aku juga baru-baru ini membaca cebisan tulisan ammu Syed Qutub yang amat aku kagumi dan takuti (dari buku hazaddin). Kalaulah beliau berjalan atau menjelma dihadapanku pasti aku akan menyorokkan diri. Beliau amat aku geruni. Cukuplah kata-kata dalam tulisan-tulisanya itu, untuk menggerunkan jiwa ku yang dhoif dan shoboi ini. Baru-baru ini juga aku sempat mentelaah coretan-coretan ustaz Hasanul banna (dari buku risalah dakwah). Seorang imam yang sangat ingin aku bertemu dengannya. Seorang imam penuh kasih saying kepada umat Islam dan umat manusia. Sederhana kata-katanya, menusuk segenap jiwaku yang shoboi ini dan membongkarnya. Nyatalah ia lebih dhoif dari yang aku sendiri sedari.
Setelah itu ada sesuatu yang menyirat dalam kepala ku seperti suatu jaringan. Daripada kata-kata Tuhan yang maha Agong, dari beberapa hadis dan kisah sejarah yang ku pelajari, daripada mereka ini sang pendahulu, dan daripada secebis pengalaman ku pada hari ini.
Ingin aku terapkan sesuatu pada diriku dan keluargaku, ingin ku sampaikan sesuatu pada kalian, tetapi aku sendiri tidak tahu .. apakah kalian akan memahami jiwa ku ini apabila membacanya. Apakah kalian akan dapat memahami terseksanya jiwa, terbebannya bahu, dan pecahnya hati ini.. Apabila pada hari ini..
Tiadanya satu kuasa yang memimpin manusia menerusi manhaj islam yang syumul. Yang menempah deritanya umat ini, terhoyong-hayangnya tujuan manusia seharian. Dan teraba-rabanya manusia dalam kegelapan. Pergilah segala kemajuan, pergilah segala pengetahuan sains, pergilah segala bangunan tinggi dan computer, pergilah. Pergilah. Jauh-jauh. Kalau dengan engkau aku menderita ketidak-tenangan, aku menderita memikirkan masa depan dunia yang sempit dan melarat ini.
Parahnya dunia ini. Adakah engkau dapat merasakannya? Saat ini kelopak mataku menahan air mata. Entah bila-bila masa ia akan gugur. Peritnya. Adakah kau juga merasakannya?
Lalu apakah daya usaha kita untuk membaiki dunia ini .. kerana engkau dan aku bergelar khalifah rabbul ‘alamin di bumi ini. Kerana kau dan aku adalah pengurus seluruh bumi ini. Segenap isi dan sudutnya. Seluruh ahli dan pelusuknya. Tiada siapa lagi yang boleh engkau harapkan untuk menjaganya. Melainkan engkau dan aku. Lalu apakah usaha engkau dan aku?
Telah jelas dimataku sejak dulu lagi. Walaupun kini aku lebih memahaminya dan menyedari kerealistikannya. Iaitu matlamat dan tujuan hidupku adalah menuju redha Allah. Ini adalah persoalan terpenting dalam kehidupan. Terpenting!. Lupakan soal-soal lain, ketepikan soal makan minum, anak isteri atau jodoh. Jika persoalan pokok ini masih belum kau jawab, kelak akan kau temui keresahan yang tidak kehabisan, kebingungan yang tiada ketemu penyelesaian. Seperti saja kaum kuffar disekelilingku ini. Menderita dalam arus kemajuan ciptaan system jahiliyyah kapitalis. Bagi aku, aku telah jelas (semoga Allah menetapkan aku di jalan Islam, dan menjadi hamba kesukaanNya), segala daya usahaku ku arahkan dan ku serahkan padaNya. Iman dan jihad menjadi bekal, ikhlas dan istiqamah menjadi petunjuk peneguh sepanjang jalan hidupku yang singkat ini. Lalu apakah yang aku cita-citakan? Iaitu mengembalikan manusia kepada manhaj Islam yang syumul. Satu-satunya manhaj yang sesuai untuk umat yang bergelar makhluq, pastinya ia adalah untuk umat yang bergelar manusia, untuk kau dan untuk aku. Namun manfaatnya melebar bukan sahaja untuk manusia, tetapi untuk alam. Kerana itulah satu-satunya tujuan utama syahadah yang aku ucapkan. Iaitu mengaku ketuhanan dan keTUANan Allah kepada seluruh manusia.
Lalu tercapaikah cita-citaku melalui penulisan dan luahan perasaan ini? Tercapaikah cita-cita ku melalui pengajian PhDku? Atau melalui usahaku yang conet, comel-lote ini? waAllahua’alam. Aku sendiri tidak tahu. Tetapi aku mengenali satu hakikat dan satu jalan. Iaitu hakikat sebuah cita-cita untuk mengembalikan manusia kepada manhaj Ilahi yang dahsyat ini. Mungkin engkau setuju dengan ku, atau mungkin engkau juga menyedari malah mempunyai cita-cita yang sama dengan ku. Cuma bezanya, aku mengetahui caranya, bagaimana untuk menuju ke sana. Aku meyakini keberkesanannya, yakinlah wahai saudaraku ia berkesan. Yakinlah. Aku tidak mampu membuktikannya melainkan mengajak engkau menyelak jendela sejarah dan kau amatilah ia. Itulah yang sering kau dengari sebagai “7 maratib amal”. 7 steps menuju cita-cita kita yang mulia ini.
Iaitu dengan terbinanya individu-individu muslim. Bak embun di waktu pagi kecil, tapi mampu membasahkan. Yang aku maksudkan bukan individu-individu yang melafazkan kalimah syahadah. Kalau itu sudah pasti ku temui ribuan juta. Tetapi individu yang menyedari dengan sebenar arah hidup kita yang agong itu. Dan individu yang mempunyai cita-cita yang sama dengan engkau dan aku. Iaitu cita-cita kita yang mulia itu. Ia menyedari kedahsyatan sistem islam ini. Dengan kesedaran bahawa islam itu adalah suatu sistem yang merangkumi kesemuanya yang pernah dan tidak pernah kau lihat, atau yang pernah dan tidak pernah engkau dengar, atau segala perkara yang pernah dan tidak pernah engkau fikirkan.
Kemudian engkau sendiri membentuk keluarga, bersama individu yang serupa. Pilihlah semahumu, asalkan kau bentuk keluarga bersama individu-individu tadi. Binalah pula keluargamu dengan matlamat dan cita-cita yang agong dan mulia ini.
Rakan-rakanmu juga membentuk keluarga mereka dengan matlamat dan cita-cita yang sama. Sehingga nanti apabila engkau sedar, ia akan membulat, membentuk suatu masyarakat yang faham matlamat dan cita-cita mereka. Yang faham akan kedahsyatan dan kesempurnaan sistem ini.
Sehingga tibalah pula saatnya nanti, apabila masyarakat telah pulih dan sedar, masyarakat ini akan menuntut dan membina sebuah negara, dan sebuah kuasa (kuasa kecil), dan kuasa-kuasa kecil ini akan bergabung pula, dan membentuk sebuah empayar, dan empayar ini kelak akan disegani dari segenap pelusuk ahli bumi. Sehingga nanti empayar ini akan dituruti dan dirujuki, kerana manhaj agong ini tiada tandingannya di muka bumi ini. Kerana manhaj ilahi inilah penyelesaian dan jawapan kepada semua masalah yang engkau lihat bertaburan di muka bumi ini. Pada hari itulah cita-cita kita tarcapai.
Lihat lah tadi wahai saudara ku ..pertumbuhan secara natural yang aku ceritakan, begitu harmoni dan real. Perlahan tapi pasti. Kecil tapi teguh!. cita-cita kita tercapai dengan permulaan setitis embun dingin yang tumbuh di waktu fajar. Sekeping hati bergelar individu muslim yang faham. Lalu lekaslah engkau membentuk dirimu dan diriku, dan diri individu muslim yang lain supaya mereka sedar, faham dan yakin! Akan matlamat dan cita-cita kita yang agong dan mulia ini.
Lalu bekerjalah engkau untuk itu. Carilah segenap usroh yang mengajarmu matlamat dan cita-cita ini. Mengajarmu kedahsyatan system ini. Barulah hidup ini akan bermakna untuk mu.
Ia akan menelan korban, masa, dan segala sabarmu. Ia bukan suatu cita-cita mudah malah umurmu mungkin tidak sempat sampai ke sana. Ia akan memakan generasi demi generasi. Mungkin engkau tidak sanggup, kerana ini bukan cerita untuk orang yang bermudah-mudah seperti mu. Lalu capailah cita-cita mu yang cetek dari janji-janji manhaj jahiliyyah tadi. Kautlah gelaran dan harta sehingga sampai ke lubang kuburmu.
Tetapi aku ingin menyertai keretapi ini, keretapi Nabi, sahabat-sahabat dan para pengikut beliau yang benar.
Ya Allah, tetapkanlah tapak kaki kami. Amiin.
……………………………………………….
Tempoh masa yang terpaksa dilalui oleh manhaj ini adalah jauh terbentang, tiada batas umur dan tidak akan disegerakan semata-mata kerana ingin mencapai keinginan seseorang yan gtakut dikunjungi maut atau bimbang tidak berkesempatan untuk mencapai cita-cita yang masih jauh ini. -Syed Qutub-
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fahaman. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama di sisi kita. -Hasanul banna-
Adakah dengan kata-kata ini engkau berasa hairan? dan engkau tertawakan dan tidak menitiskan air mata? sedangkan engkau lengah darinya. Lalu sujudlah engkau kepada Allah dan sembahlah Dia (sebagai ilah mu)




0 Responses to “Adakah dengan kata-kata ini engkau berasa hairan ..”