Archive for November, 2008

Buat Zuljausyan

Akhi
ingatkah kau time hati kita diketuk, mata kita mula terbuka
lalu kita disedarkan tentang tugas kita
bukan tugas sebagai raja, bukan tugas ulama, bukan tugas engineer, bukan student
bukan! bukan! bukan!
cukuplah tugas sebagai manusia,
tugas kau dan tugas aku

ketika kita sama-sama mengakui dan mengikat janji untuk memikul tugas shahadatul haq
aku lihat kau menangis melihat nasib ummat ini
semangat kau membara
tangan kau erat tergenggam

tapi bila kau pulang aku lihat kau…..kau….kau..
kau kembali ke dirimu yang lama
mulut kau bisu,
langkah kau kaku,
kau sibuk dengan zikirmu
sehingga lupa nasib saudara-saudaramu

Akhi
Jibril takkan datang memelukmu
bukalah matamu dah lihatlah sekililing mu
butakah kau?
saudara-saudaramu sedang dirogol oleh berhala-berhala jahiliyah
dikelentong terang-terang oleh kuffar
diperbudakkan, diperbodohkan, ditarik hidung
peringatan apa lagi yang kau mahukan?

Akhi,
jalan ini tak perlukan air mata mu
tak perlukan simpati mu
tapi aku ingin mengajak kau bersamaku,
bukan sekadar menjadi penumpang
bukan menjadi penonton
tapi bersama membentuk barisan
tak mahukah kita jadi macam Nabi Ibrahim,
menghancurkan berhala-berhala jahiliyah,
menyemai benih di tanah gersang

Akhi
aku ingin bertanya kepadamu
agar kelak kau dapat bertanya kepadaku
fahamkah kau bila dakwah itu wajib???
fahamkah kau bila dakwah itu wajib???
sekali lagi fahamkah kau???

laa tahzan

dipetik dan diedit: http://blog.mayuru.com/2008/11/laa-tahzan-2/

buat teman-teman seperjuanganku yang berasa sedih mahupun kecewa..

— —

ikhwah, ingat tak suatu ketika dahulu, ALLAH mencipta kita…

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Mafhum Surah al-Mukminuun: 14 – link)

…dan sungguh dia menciptakan kita sebaik-baik kejadian.  Lengkap segalanya. Tangan kita. Kaki kita. Mulut kita. Lidah kita. Ya, bahkan kalbu dan perasaan kita seluruhnya Dia ciptakan.

Dialah yang melengkapkan diri kita dengan perasaan. Gembira. Riang. Ceria. Semuanya penghias jiwa. Tanpa semua perasaan itu jiwa yang tak mampu merasai kehidupan ini. Kita tak mampu simpati pada sahabat kita. Kita tak mampu menyangi keluarga kita.

Tetapi denganya juga kita rasa derita. Kita sedih.  Kita rasa kecewa. Kita terasa siksa jiwa yang diruntun ujian demi ujian.

Kenapa Dia ciptakan perasaan ini? Pastinya bukan untuk menyiksa sanubari kita. Seharusnya lebih tepat sebagai pendidik buat kita. Kita lupa mudah lupa apa yang kita senang dan selesa dengannya. Tapi kita akan ingat pelajaran dari keperitan dan kepayahan.

ikhwah, sememangnya ALLAHlah yang menciptakan perasaan kecewa. Tapi tidaklah Dia membebankan penyebab kecewa itu lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Bahkan Dia sebutkan dengan kalamNya yang suci…

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya… (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 – link)

…bahkan dia ajarkan juga do’a untuk kita pohonkan padaNya tatkala terasa beban yang kita bawa…

…(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.  (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 - link)

ikhwah… Ketahuilah, sesudah kesusahan itu kesenangan. ALLAH tidak menciptakan kesusahan, melainkan setelah kita mengharunginya ada kesenangan. Bukan itu sunnahNya?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Mafhum Surah al-Insyirah: 5-6 – link)

ikhwah. Tatkala engkau bersedih… Ingatlah ALLAH. Bertaubatlah. Mohonlah keampunan. Barangkali ada dosa yang kita lakukan yang menyebabkan gundah. Gusar. Hati tidak tenteram.

Mohonlah sesungguh-sungguhnya kepadaNya. Hadapkan keperluan dan perhatian kau padaNya. Bukakanlah jiwa dan raga kau pada Dia Yang Maha Pendengar.

Solatlah sekhusyuknya. Ingatlah Dia jua al-Qadir. Yang Maha Menentukan. Harapkan sebaik, insyaALLAH Dia kan memberikan kebaikan buatmu.

…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Mafhum Surah ar-Ra’d: 28 – link)

ikhwah. Jalan ALLAH jualah jalan yang membawa ketenangan. Bukankah apabila bersandar pada sesuatu yang kuat itu mendatangkan perasaan tenteram? Bahkan ALLAHlah sebaik-baik sandaran, lantaran Dialah yang Paling Perkasa (al-’Aziz), juga Paling Kuat (al-Qawiy) serta dia jugalah yang Empunya Kemuliaan (Dzul Jalaali Wal-Ikraam).

ikhwah. Tegaskanlah keyakinanmu dengan ALLAH. Usahlah engkau bersedih…

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Mafhum Surah Fussilat:30 – link)

…kerana apabila kita teguh iman dan cukup taqwa, malaikat ALLAH akan turun buat kita memujuk kita! Bukankah itu perkara yang menggembirakan? Bahkan janji syurga itulah kesenangan yang paling hebat dari ALLAH subhanahu wataala.

Akhir kata. ikhwah, bergembiralah. Ukirlah senyuman pada mukamu. Hilangkanlah gusar di hatimu. Kerana kita adalah insan Muslim dan Mu’min yang bertaraf ummah yang terbaik di muka bumi ALLAH ini!

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Mafhum Surah Ali ‘Imran: 110 – link)

jom balik kampong

Di dalam an-Naazi’aat 79 : 37-39

Adapun orang yang melampaui batas (thogho), dan mengutamakan kehidupan dunia. S e s u n g g u h n y a nerakalah tempat tinggalnya

Kadang-kadang Allah menggunakan perkataan “hom” iaitu mereka. Contohnya dalam surah Muhammad 47 : 12

“Dan nerakalah tempat tinggal mereka”

Tapi di sini (an-Nazi’aat) Allah menyatakan, s e s u n g g u h n y a nerakalah tempat tinggal n y a. yang dapat saya (secara peribadi) tergambar kesepian dan keseorangan seorang penghuni, yang dahulunya telah melampaui batasan dan mengutamakan kehidupan dunia. waAllahua’alam.

Kalimah “thogho” disingkap oleh pakcik syed qutb dengan memberi makna setiap orang yang menentang hidayah dan mengutamankan hidup dunia tanpa memperhitungkan akhirat, sedangkan pada hari akhirat itulah yang boleh membetulkan segala neraca pertimbangan di tangan dan di hati manusia. … Apabila seseorang itu mengabaikan h i s a b  a k h i r a t dan mengutamakan h i d u p  d u n i a maka pertimbangannya akan meleset, segala neraca dan segala penilaiannya salah dan segala lunas perasaan dan prilakunya akan menyeleweng, dan ia akan menjadi manusia pelampau dan pelanggar batas.

Kata seorang ustat, thogho lebih teruk daripada zulum (zalim). Dikuatkan lagi dengan penerangan oleh pakcik syed qutb “pengertianya lebih luas daripada pemerintah yang zalim dan kejam”

Apa yang menarik tumpuan saya adalah kenikmatan dunia, yang membesar, melebar dan menjalar ke seluruh benak pemikiran manusia. Samada ia dibesar-besarkan oleh persekitaran atau ia didorong hawa nafsu dan syaiton. Sehingga mengecillah sebesar sebutir beras (atau lebih kecil lagi daripada itu) sebuah kehidupan yang tiada penghabisan, sebuah kenikmatan yang tiada tandingan, sebuah mahligai ketenangan yang tiada kekusutan, sebuah taman dialiri di bawahnya sungai penuh kedamaian, sebuah kepuasan yang tiada penghujung, sebuah kampong halaman yang amat dirindui, yang semakin hari semakin tidak difikirkan, dek kerana manusia seolah-olah mahu hidup selama-lamanya pada kehidupan ini, kehidupan yang sempit dan melarat, kehidupan yang terhimpit dan tertekan, kehidupan yang huru-hara, penjara yang penuh pergaduhan, hidup yang diisi macam-macam kedengkian, kehidupan t a t e m a e (bermuka-muka), kehidupan yang penuh kepalsuan, pondok usang yang tunggu masa robohnya, yang dihiasi dedaun kering, yang tampak indah di mata manusia. Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami daripadanya. Amin ya Rabb, Tuhan alam ini.

Ya Allah, lindungi kami.

Ya Allah, saya amat memerlukan a p a – a p a  s a h a j a dari kebaikan yang Tuanku turunkan. (al-Qasos 28 : 24)

Amin

Autumn (Story from my Lord)

autumnjapan

Syukur kehadrat Illahi kerana dgn rahmatNya, kita dapat hadir (ke tempat) utk melihat satu lagi kebesaran Allah.

Musim luruh di dalam quran

39:21. tidakkah Engkau memerhatikan? Bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dialirkanNya menjadi sumber-sumber air di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang bermacam-macam warnanya; kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya menjadi kekuning-kuningan; kemudian ia menjadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.

…………………………………………………………………

Melihat perubahan musim yang tersusun dgn cantik adalah satu kebesaran Allah. Berbeza dgn mesia yang takde musim yang 4. berada di Jepun kita patut bersyukur krn berpeluang merasai 4 musim nih. Kalo kite tengok.. susanan musim ini sangat cantik…begitu teratur mengikut aturan yg tetap…kadar yang tetap… Setelah musim panas, pasti diikuti musim (luruh)autumn..kemudian barulah musim sejuk dan kemudian musim bunga. Setiap musim ada aturan/ketetapan dan kadar tertentu. Dari segi panjangnye, dan kedudukannya diantara musim2.. tidak pernah musim panas kemudian diikuti terus musim sejuk.. atau tidak pernah musim luruh diikuti dgn musim bunga.. tidak pernah walaupun sekali.. begitu juga, tidak pernah musim luruh itu lebih panjang dari musim salji, walaupun sehari, walaupun sejam.. walaupun seminit… sesungguhnya semuanya dalam aturan yang sangat cantik..iaitu aturan Allah.. ketetapan Allah..sunnatullah alam buat manusia… Subhanallah…

Sebagaimana.. tidak pernah sekalipun, bulan terfikir utk ‘lari’ dari mengelilingi bumi… begitu juga bumi tidak pernah terfikir utk ‘lari’ dari mengelilingi matahari.. begitu juga matahari, tidak pernah terfikir utk ‘lari’ dari orbitnya dalam bima sakti.. dan seterusnya… semuanya ada ketetapan Allah…

Bagaimana pula manusia? … ada kalanya manusia itu ‘lari’ dari ‘orbit’nya utk mengingati dan mengabdika dirinya kepada Allah… seharusnya kita malu kita kepada musim2 ini.. bulan, bumi dan matahari…. seandainya kita terfikir utk ‘lari’ dari ‘orbit’ kita….

daun-gugur1Daun yg gugur….

Kita dapat melihat setiap daun itu luruh satu demi satu.. ada qadar yg tertentu… dari batangnye yang hijau, kemudian bertukar kuning, kemudian coklat, kemudian rapuh dan akhirnya gugur ke bumi.. itu satu ketetapan Allah.. tidak pernah dari yg hijau tibe2 luruh (lain lah kalo dipetik org …) semuanya dalam aturan yang teliti.. ade kadar masa yang tetap utk mulanya pucuk (warna ijau) … ade kadar masa yang tetap…utk layu (kuning..) ada kadar masa yang tetap utk jadi coklat (mati) dan ade kadar masa yg tetap sebelum ia betul2 gugur dgn kadar tiupan angin (¿??km/j) , atau dgn kadar gigitan ulat2 pokok (10 gigitan…20…1000gigitan) ..atau kadar jatuhan dedaun lain atas daun yg akan gugur (berapa degree ke kanan, atau ke kiri..bape degree baru kene daun yg bawah tu, kemudian yang bawah lagi.. etc etc ) .. semuanya itu dalam kekuasaan Allah.. dalam pengetahuan Allah.. subhanallah

Semua itu dalam pengetahuan Allah…

6:59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang nyata.

Subhanallah…

Moga dgn melihat keindahan daun2 yang berguguran di taman ini.. kita berdoa kepada Allah .. agar Allah meng’gugur’kan segala dosa2 kita yang telah lalu… sebanyak mana gugurnya daun2 pada musim luruh ini… malah bukan daun2 disini sahaja, malah seluruh bumi ini… nastaghfirullah….

Doa org yang melihat keindahan kejadian Allah…

3:190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

3:191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Sesungguhnya setiap kejadian itu tanda kekuasaan Allah.. sebagai org yang berakal (ulul albab) ..seharusnya kita sentiasa memuji kebesaran Allah.. dan berdoa seperti doa2 org ulul albab….’ Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka’

Wallahu a’lam bishowab…

L I A T

originally posted by ‘abdullah.

Anda punya rahsia atau petua bagaimana melembutkan daging yang liat? Saya
punya, yang entah benar entah tidak. Ini kerana saya sendiri tidak pernah
mencubanya, saya sendiri tidak di”turunkan” petua ini kepada saya. Tetapi
saya merungkai petua melunak lembutkan daging liat ini lewat pemerhatian
saya, terhadap masakan dan kaedah yang digunakan oleh ibu saya tiap kali
berhadapan dengan daging yang liat.

Petuanya mudah saja. Anda rendamkan dan rebuskan daging itu di dalam air.
Maka lunaklah ia -insyaALLAH. Adakah petua menghilangkan keliatan daging
yang saya kemukan ini benar? Adakah anda setuju dengan petua saya?

Begitulah menghadapi keliatan manusia. Manusia -pada ketikanya- akan liat
untuk bangun tahajud. Liat untuk bangun solat Subuh. Bahkan terlebih liat
untuk bangun mempertahan dan memperjuangkan kemuliaan dan eksistensi
agamanya. Maka, bagaimana caranya melunakkan rasa liat ini?

Rendamkanlah dirimu dalam “air” yang memang sifatnya melembutkan. Kalau
selama ini sang daging bercengkarama dengan keliatannya di atas darat, maka
ianya bisa dirungkai tatkala ia menghadapi hidup di dalam air. Segeralah
cari “air” bagi memulakan kehidupan barumu. Air itu berupa suasana beragama,
suasana tarbiyah, suasana zikir dan fikir.

Itulah sebabnya Nabi SAW dirunkan ke persada bumi ini, guna untuk mensucikan
(tazkiyah) relung-relung hati manusia, selain mentilawah membacakan
ayat-ayat ALLAH kepada mereka dan mengajarkan buat mereka khazanah ilmu dan
hikmah (Surah 62:2).

Itulah sebabnya, Nabi SAW sudah memperingatkan betapa seketul daging di
dalam tubuh anak Adam itulah yang menentukan liat tak liatnya ia kepada
kebaikan dan kebenaran, atau lemahnya ia hingga melutut kepada gudang
kemaksiatan.

Ini kerana hati itu bisa keras, maka lembutkanlah ia dengan zikrullah.
Lunakkanlah ia dengan tilawah. Suburkanlah ia dengan tarbiyah, berbaja dan
bersiramkan ukhuwwah islamiyah. Segeralah masuk ke jeram air itu, agar kita
jauh dari pancingan syahwat. Benarlah dikau duhai Imam as-Syafi’e;
“sibukkanlah dirimu dengan ibadah, jika tidak, engkau akan disibukkan dengan
maksiat.”

Rasa keseorangan pulak..

Sesungguhnya jalan ini telah ditapaki oleh para anbiya, di mana dalamnya ada nabi Ulul ‘Azmi, adanya insan-insan agung, adanya Rasulullah adanya darah para shuhada. Ia akan terus ditapaki oleh insan-insan yang bersungguh-sungguh mahu untuk berjual beli dengan Tuhannya.

Nasihati diriku (Aussini)

Bismillahirrahmanir rahim..

Tatkala jiwa seorang daie telah bertaqwa sepenuhya kepada Allah..
merasakan muraqabah dan keagunganNya di dalam hati..
rutin membaca Al-Quran dengan tadabbur dan penuh kekhusyukan. .
menyertai Nabi dengan berqudwah kepadanya..
menyertai orang-orang yg soleh yg berma’rifah kepada Allah dengan menimba berbagai hikmah dan kebaikan dari mereka..
berzikir mengingati Allah secara berterusan untuk menambah keteguhan dan ketenangan..
selalu melakukan ibadah nafilah untuk mendekatkan diri dan menambah kekhusyukan. .

Apabila seorang daie sudah memiliki itu semua, maka ketika berbicara atau berkhutbah atau mengajak ke jalan Allah, niscaya akan anda temukan keimanan memancar dari kedua bola matanya, keikhlasan nampak jelas menghias raut wajahnya, dan kejujuran terus mengalir bersama kelembutan suaranya, ketenangan iramanya, serta isyarat-isyarat tangannya.

Bahkan perkataannya akan meresap ke dalam hati dan melenyapkan kegelapan jiwa. Seperti air sejuk yg meresap di kerongkongan orang yg kehausan, bak nur cahaya yg memusnahkan kegelapan. Mereka itulah orang-orang yg memperoleh petunjuk. Dakwah mereka akan mendapat sambutan luas. Dengan nasihat mereka hati bergetar dan mata menangis. Dengan peringatan mereka para ahli maksiat bertaubat dan orang-orang sesat sedar serta kembali ke jalan yg lurus.

Begitu jugalah pengaruh rohani terhadap pemahaman dan cara pengambilan hukum. Tatkala jiwa seorang daie memancarkan rohani, berhubungan erat dengan Allah, dan memiliki ketaqwaan; tersingkaplah baginya berbagai hakikat dan makna. Terbukalah rahsia-rahsia yg tidak dimengertikan kecuali oleh orang-orang yg bertaqwa.

Seorang daie rabbani ketika berada pada tingkat ketaqwaan, pemahaman, dan rohani yg tinggi, ketika sudah memiliki nilai-nilai luhur seperti ikhlas, jujur, kehangatan iman, dan aktif dalam dakwah, niscaya dia akan berangkat ke medan dakwah, tabligh, dan jihad. Baik sebagai pemberi petunjuk mubaligh mahupun daie yg mengajak ke jalan Allah secara jujur serta berjuang dgn penuh keikhlasan sehingga ia melihat umat Islam dalam keadaan menang dan kebatilan terpukul mundur. Mereka melihat panji al-Haq berkibar di atas panji-panji lain. Pada saat itulah seorang daie baru bergembira kerana adanya kemenangan dan pertolongan Allah.

-Abdullah Nasih Ulwan, Menuju Ketaqwaan (Tarbiyyah Ruhiyah)-