Archive for the 'Fikrah' Category

Teori Kebangkitan

Assalamualaikum wrh,

Anda apa khabar? Semoga terus thabat medaki puncak mardhotillah.

Mari kita tengok alam.

Kalau anda lihat di dunia ini anda akan menemui satu kepelikan. Di dunia ini walaupun dihuni oleh 1.5 billion orang muslim iaitu sebanyak 1 500 000 000 (banyak tak kosong?) tiada satu negara pun yang wujud didasarkan atas Islam atau ketundukan kepada Allah semata. Tetapi anda akan temui negara Komunis yang wujud di atas fikrah komunisme, negara Kapitalis yang wujud di atas fikrah kapitalisme, negara Zionis di atas fikrah zionisme, negara Demokrasi di atas fikrah demokrasisme dan lain-lain. Di mana agaknya Muslim? Masih merempat? Seperti ada satu masyarakat Melayu di kutub utara tapi tidak dapat dipastikan di manakah mereka berasal kerana mereka tak mempunyai sebuah negara. Begitulah Muslim.

Islam itu masih disembunyikan dan hanya dizahirkan di dalam gerak-gerak badan yang bernama solat, puasa, haji dan sebagainya.

Eh kata rahmatan lil ‘alamin. Rahmatan linafsi je kot.

Salah siapa?
Bukanlah masanya untuk menyalahkan siapa-siapa. Berjaya menyalahkan orang dengan hebatnya belum masih boleh dikira sebagai amal di sisi Allah.

Apa solusinya?
Mari kita bincang teori kebangkitan.
Bukannya mudah untuk melahirkan sebuah blueprint solusi umat dengan hanya menaip perkataan-perkataan di atas keyboard. Tetapi saya tahu solusi yang telah pun terbukti berjaya yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Kalau anda kaji mana-mana revolusi dunia yang berlaku di dunia ini, revolusi Perancis, Amerika, Jerman, Jepun dan sebagainya, ia tidak lebih daripada revolusi ekonomi atau revolusi politik atau revolusi sosial sahaja. Perancis masih berdepan dengan masalah sosial. Jepun pula dengan masalah keluarga dan bunuh diri, Amerika masalah kahwin sejenis, Malaysia dengan Mat Rempit dan berbagai lagi masaalah.Revolusi itu tidak mengubah cara orang bertutur, cara orang beradab dengan ibu bapa, cara orang menguruskan masa, cara orang makan, cara orang berpakaian dan sebagainya.

Tetapi anda akan jumpai revolusi yang dibawa Rasulullah berjaya mengubah keseluruhan aspek hidup manusia bukan sahaja ekonomi, sosial dan politik malah termasuk kehidupan seharian manusia. Hebat bukan?

Jadi bertambahlah lagi satu kepelikan kalau anda masih lagi mahu meniru cara-cara selain dari cara ini, sedangkan caranya sudah berada di hadapan batang hidung anda sendiri.

Ada lagi nak cerita ni, tapi tunggu dulu kalau ada kelapangan inshAllah.

والله أعلم بالصواب

Nasihati diriku (Aussini)

Bismillahirrahmanir rahim..

Tatkala jiwa seorang daie telah bertaqwa sepenuhya kepada Allah..
merasakan muraqabah dan keagunganNya di dalam hati..
rutin membaca Al-Quran dengan tadabbur dan penuh kekhusyukan. .
menyertai Nabi dengan berqudwah kepadanya..
menyertai orang-orang yg soleh yg berma’rifah kepada Allah dengan menimba berbagai hikmah dan kebaikan dari mereka..
berzikir mengingati Allah secara berterusan untuk menambah keteguhan dan ketenangan..
selalu melakukan ibadah nafilah untuk mendekatkan diri dan menambah kekhusyukan. .

Apabila seorang daie sudah memiliki itu semua, maka ketika berbicara atau berkhutbah atau mengajak ke jalan Allah, niscaya akan anda temukan keimanan memancar dari kedua bola matanya, keikhlasan nampak jelas menghias raut wajahnya, dan kejujuran terus mengalir bersama kelembutan suaranya, ketenangan iramanya, serta isyarat-isyarat tangannya.

Bahkan perkataannya akan meresap ke dalam hati dan melenyapkan kegelapan jiwa. Seperti air sejuk yg meresap di kerongkongan orang yg kehausan, bak nur cahaya yg memusnahkan kegelapan. Mereka itulah orang-orang yg memperoleh petunjuk. Dakwah mereka akan mendapat sambutan luas. Dengan nasihat mereka hati bergetar dan mata menangis. Dengan peringatan mereka para ahli maksiat bertaubat dan orang-orang sesat sedar serta kembali ke jalan yg lurus.

Begitu jugalah pengaruh rohani terhadap pemahaman dan cara pengambilan hukum. Tatkala jiwa seorang daie memancarkan rohani, berhubungan erat dengan Allah, dan memiliki ketaqwaan; tersingkaplah baginya berbagai hakikat dan makna. Terbukalah rahsia-rahsia yg tidak dimengertikan kecuali oleh orang-orang yg bertaqwa.

Seorang daie rabbani ketika berada pada tingkat ketaqwaan, pemahaman, dan rohani yg tinggi, ketika sudah memiliki nilai-nilai luhur seperti ikhlas, jujur, kehangatan iman, dan aktif dalam dakwah, niscaya dia akan berangkat ke medan dakwah, tabligh, dan jihad. Baik sebagai pemberi petunjuk mubaligh mahupun daie yg mengajak ke jalan Allah secara jujur serta berjuang dgn penuh keikhlasan sehingga ia melihat umat Islam dalam keadaan menang dan kebatilan terpukul mundur. Mereka melihat panji al-Haq berkibar di atas panji-panji lain. Pada saat itulah seorang daie baru bergembira kerana adanya kemenangan dan pertolongan Allah.

-Abdullah Nasih Ulwan, Menuju Ketaqwaan (Tarbiyyah Ruhiyah)-

Adakah dengan kata-kata ini engkau berasa hairan ..

Bismillahi rahmani rahim.

Saat in berkecamuk fikiranku. Aku membaca sedikit simbahan dari lautan al-quran. Iaitu dari surah al-Qalam, semoga Allah kurniakan manfaat kepadaku dari percikan itu. Aku juga baru-baru ini membaca cebisan tulisan ammu Syed Qutub yang amat aku kagumi dan takuti (dari buku hazaddin). Kalaulah beliau berjalan atau menjelma dihadapanku pasti aku akan menyorokkan diri. Beliau amat aku geruni. Cukuplah kata-kata dalam tulisan-tulisanya itu, untuk menggerunkan jiwa ku yang dhoif dan shoboi ini. Baru-baru ini juga aku sempat mentelaah coretan-coretan ustaz Hasanul banna (dari buku risalah dakwah). Seorang imam yang sangat ingin aku bertemu dengannya. Seorang imam penuh kasih saying kepada umat Islam dan umat manusia. Sederhana kata-katanya, menusuk segenap jiwaku yang shoboi ini dan membongkarnya. Nyatalah ia lebih dhoif dari yang aku sendiri sedari.

Setelah itu ada sesuatu yang menyirat dalam kepala ku seperti suatu jaringan. Daripada kata-kata Tuhan yang maha Agong, dari beberapa hadis dan kisah sejarah yang ku pelajari, daripada mereka ini sang pendahulu, dan daripada secebis pengalaman ku pada hari ini.

Ingin aku terapkan sesuatu pada diriku dan keluargaku, ingin ku sampaikan sesuatu pada kalian, tetapi aku sendiri tidak tahu .. apakah kalian akan memahami jiwa ku ini apabila membacanya. Apakah kalian akan dapat memahami terseksanya jiwa, terbebannya bahu, dan pecahnya hati ini.. Apabila pada hari ini..

Tiadanya satu kuasa yang memimpin manusia menerusi manhaj islam yang syumul. Yang menempah deritanya umat ini, terhoyong-hayangnya tujuan manusia seharian. Dan teraba-rabanya manusia dalam kegelapan. Pergilah segala kemajuan, pergilah segala pengetahuan sains, pergilah segala bangunan tinggi dan computer, pergilah. Pergilah. Jauh-jauh. Kalau dengan engkau aku menderita ketidak-tenangan, aku menderita memikirkan masa depan dunia yang sempit dan melarat ini.

Parahnya dunia ini. Adakah engkau dapat merasakannya? Saat ini kelopak mataku menahan air mata. Entah bila-bila masa ia akan gugur. Peritnya. Adakah kau juga merasakannya?

Lalu apakah daya usaha kita untuk membaiki dunia ini .. kerana engkau dan aku bergelar khalifah rabbul ‘alamin di bumi ini. Kerana kau dan aku adalah pengurus seluruh bumi ini. Segenap isi dan sudutnya. Seluruh ahli dan pelusuknya. Tiada siapa lagi yang boleh engkau harapkan untuk menjaganya. Melainkan engkau dan aku. Lalu apakah usaha engkau dan aku?

Telah jelas dimataku sejak dulu lagi. Walaupun kini aku lebih memahaminya dan menyedari kerealistikannya. Iaitu matlamat dan tujuan hidupku adalah menuju redha Allah. Ini adalah persoalan terpenting dalam kehidupan. Terpenting!. Lupakan soal-soal lain, ketepikan soal makan minum, anak isteri atau jodoh. Jika persoalan pokok ini masih belum kau jawab, kelak akan kau temui keresahan yang tidak kehabisan, kebingungan yang tiada ketemu penyelesaian. Seperti saja kaum kuffar disekelilingku ini. Menderita dalam arus kemajuan ciptaan system jahiliyyah kapitalis. Bagi aku, aku telah jelas (semoga Allah menetapkan aku di jalan Islam, dan menjadi hamba kesukaanNya), segala daya usahaku ku arahkan dan ku serahkan padaNya. Iman dan jihad menjadi bekal, ikhlas dan istiqamah menjadi petunjuk peneguh sepanjang jalan hidupku yang singkat ini. Lalu apakah yang aku cita-citakan? Iaitu mengembalikan manusia kepada manhaj Islam yang syumul. Satu-satunya manhaj yang sesuai untuk umat yang bergelar makhluq, pastinya ia adalah untuk umat yang bergelar manusia, untuk kau dan untuk aku. Namun manfaatnya melebar bukan sahaja untuk manusia, tetapi untuk alam. Kerana itulah satu-satunya tujuan utama syahadah yang aku ucapkan. Iaitu mengaku ketuhanan dan keTUANan Allah kepada seluruh manusia.

Lalu tercapaikah cita-citaku melalui penulisan dan luahan perasaan ini? Tercapaikah cita-cita ku melalui pengajian PhDku? Atau melalui usahaku yang conet, comel-lote ini? waAllahua’alam. Aku sendiri tidak tahu. Tetapi aku mengenali satu hakikat dan satu jalan. Iaitu hakikat sebuah cita-cita untuk mengembalikan manusia kepada manhaj Ilahi yang dahsyat ini. Mungkin engkau setuju dengan ku, atau mungkin engkau juga menyedari malah mempunyai cita-cita yang sama dengan ku. Cuma bezanya, aku mengetahui caranya, bagaimana untuk menuju ke sana. Aku meyakini keberkesanannya, yakinlah wahai saudaraku ia berkesan. Yakinlah. Aku tidak mampu membuktikannya melainkan mengajak engkau menyelak jendela sejarah dan kau amatilah ia. Itulah yang sering kau dengari sebagai “7 maratib amal”. 7 steps menuju cita-cita kita yang mulia ini.

Iaitu dengan terbinanya individu-individu muslim. Bak embun di waktu pagi kecil, tapi mampu membasahkan. Yang aku maksudkan bukan individu-individu yang melafazkan kalimah syahadah. Kalau itu sudah pasti ku temui ribuan juta. Tetapi individu yang menyedari dengan sebenar arah hidup kita yang agong itu. Dan individu yang mempunyai cita-cita yang sama dengan engkau dan aku. Iaitu cita-cita kita yang mulia itu. Ia menyedari kedahsyatan sistem islam ini. Dengan kesedaran bahawa islam itu adalah suatu sistem yang merangkumi kesemuanya yang pernah dan tidak pernah kau lihat, atau yang pernah dan tidak pernah engkau dengar, atau segala perkara yang pernah dan tidak pernah engkau fikirkan.

Kemudian engkau sendiri membentuk keluarga, bersama individu yang serupa. Pilihlah semahumu, asalkan kau bentuk keluarga bersama individu-individu tadi. Binalah pula keluargamu dengan matlamat dan cita-cita yang agong dan mulia ini.

Rakan-rakanmu juga membentuk keluarga mereka dengan matlamat dan cita-cita yang sama. Sehingga nanti apabila engkau sedar, ia akan membulat, membentuk suatu masyarakat yang faham matlamat dan cita-cita mereka. Yang faham akan kedahsyatan dan kesempurnaan sistem ini.

Sehingga tibalah pula saatnya nanti, apabila masyarakat telah pulih dan sedar, masyarakat ini akan menuntut dan membina sebuah negara, dan sebuah kuasa (kuasa kecil), dan kuasa-kuasa kecil ini akan bergabung pula, dan membentuk sebuah empayar, dan empayar ini kelak akan disegani dari segenap pelusuk ahli bumi. Sehingga nanti empayar ini akan dituruti dan dirujuki, kerana manhaj agong ini tiada tandingannya di muka bumi ini. Kerana manhaj ilahi inilah penyelesaian dan jawapan kepada semua masalah yang engkau lihat bertaburan di muka bumi ini. Pada hari itulah cita-cita kita tarcapai.

Lihat lah tadi wahai saudara ku ..pertumbuhan secara natural yang aku ceritakan, begitu harmoni dan real. Perlahan tapi pasti. Kecil tapi teguh!. cita-cita kita tercapai dengan permulaan setitis embun dingin yang tumbuh di waktu fajar. Sekeping hati bergelar individu muslim yang faham. Lalu lekaslah engkau membentuk dirimu dan diriku, dan diri individu muslim yang lain supaya mereka sedar, faham dan yakin! Akan matlamat dan cita-cita kita yang agong dan mulia ini.

Lalu bekerjalah engkau untuk itu. Carilah segenap usroh yang mengajarmu matlamat dan cita-cita ini. Mengajarmu kedahsyatan system ini. Barulah hidup ini akan bermakna untuk mu.

Ia akan menelan korban, masa, dan segala sabarmu. Ia bukan suatu cita-cita mudah malah umurmu mungkin tidak sempat sampai ke sana. Ia akan memakan generasi demi generasi. Mungkin engkau tidak sanggup, kerana ini bukan cerita untuk orang yang bermudah-mudah seperti mu. Lalu capailah cita-cita mu yang cetek dari janji-janji manhaj jahiliyyah tadi. Kautlah gelaran dan harta sehingga sampai ke lubang kuburmu.

Tetapi aku ingin menyertai keretapi ini, keretapi Nabi, sahabat-sahabat dan para pengikut beliau yang benar.

Ya Allah, tetapkanlah tapak kaki kami. Amiin.

……………………………………………….

Tempoh masa yang terpaksa dilalui oleh manhaj ini adalah jauh terbentang, tiada batas umur dan tidak akan disegerakan semata-mata kerana ingin mencapai keinginan seseorang yan gtakut dikunjungi maut atau bimbang tidak berkesempatan untuk mencapai cita-cita yang masih jauh ini. -Syed Qutub-


Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fahaman. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama di sisi kita. -Hasanul banna-


Adakah dengan kata-kata ini engkau berasa hairan? dan engkau tertawakan dan tidak menitiskan air mata? sedangkan engkau lengah darinya. Lalu sujudlah engkau kepada Allah dan sembahlah Dia (sebagai ilah mu)

Jalan kita sama

Bismillahirahmanirahim. Saya mulakan dengan potongan ayat dari surah ‘the night’ atau ‘al-layl’.

“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan.” (al-Layl 1-3).

Teringat satu ketika, saya keluar bersama zaujati di waktu malam. Sambil memerhatikan langit yang hitam dihiasi bintang.

“langit ni .. macam satu beg plastik yg menyelubungi bumi. Ade koyak-koyak (bintang yang menyinari) .. kan bang?”

sodaqaAllahul ‘azim. Malam itu memang menyelubungi bumi. Sebagai satu miracle dan tanda bagi orang yang berfikir.

Allah (Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini) bersumpah dengan miracle-miracle ini.. untuk menarik perhatian manusia, wahai kau manusia, perhatikanlah ini dan itu .. ada perkara yang penting akan kau dengari selepas ini.

Perkara yang sering kau perdebatkan dalam perbincanganmu, perkara yang sering menjadi isu hangat di forum-forum di laman web yang melata ke seluruh pelusuk dunia, perkara yang sering kau confusekan, perkara yang lebih kau sukai berbincang mengenainya dari membersihkan dirimu (tazkiyatun nafs), dari berusaha mendekatkan diri kepada Tuhanmu (Taqarrub illaAllah), dari berusaha mengenal Allah (ma’rifatullah), Sang Rabbul’alamin.

Surah inilah jawapannya. Surah inilah penentunya. Jawapan dan penentu kepada persoalan-persoalan. mana satu ni? Betul ke tak betul? Ape bezanya? Boleh ke ade macam ni? Yang sering kau debatkan dengan panjang lebar untuk menentukan mana satukah yang betul. Sedang Tuhanmu telah pon memutuskannya, telah pon menetapkan jawapannya.

Persoalan tentang apa? Ya. Tentang “j e m a a h”. (bukankah kau sangat suka mendebatkannya?)

Sedang kau abaikan keputusan Tuhanmu..

“Demi malam ketika ia menyelubungi. Demi siang ketika ia terserlah terang bendenrang. Demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal kamu bermacam-macam.” (al-Layl 1-4)

Tujuan Allah bersumpah dengan malam dan siang. Lelaki dan perempuan yang berbentuk complementary (saling melengkapi) adalah untuk menerangkan kepada kamu wahai manusia.. sesungguhnya amal kamu bermacam-macam. Usaha kamu berlainan dari segi hakikatnya, dari segi motifnya, dari segi arah tujuannya, dan dari segi hasilnya. Manusia di bumi ini berlainan dan tidak sama dari segi tabiat dan kecenderungan, dari segi fikiran dan minat. Semuanya masing-masing dan berbeza. Setiap orang merupakan dunia yang tersendiri yang hidup dalam planet yang tersendiri.

Ini merupakan satu hakikat, tetapi di sana ada lagi satu hakikat yang lain iaitu hakikat umum yang merangkul seluruh manusia dengan alam mereka yang berlainan itu. Di mana seluruh manusia yang berlainan tadi dikumpulkan dalam dua barisan yang mempunyai panji masing-masing.

Iaitu golongan pertama ;

Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 5-6)

Dan golongan yang kedua ;

Adapon orang yang kikir dan merasa dirinya serba cukup. Dan tidak percaya kepada aqidah yang paling indah. (al-Layl 8-9)

Inilah dua barisan, yang menjadi tempat pertemuan berbagai-bagai jiwa dan usaha, berbagai-bagai cara-hidup dan berbagai-bagai matlamatnya. Masing-masing mempunyai jalan sendiri dan masing-masing mempunyai kemudahannya.

Adapun orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan (al-Layl 5-7) (dari fizilalil quran)

Pokoknya adalah bekorban (memberi) dan bertaqwa. Serta berpegang teguh dengan aqidah yang paling indah. Iaitu aqidah Islam. Setelah ia telah bekorban, bertaqwa dan tsabat (tetap teguh) di jalanNya, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju kesenangan, jalan yang diimpikan setiap manusia. Kesenagan. Sesiapa yang Allah berikan kesenagan, maka sangat tenteramlah hidup dan setiap langkahnya. (ringkasan dari fizilalil quran)

Itulah keputusan Tuhanmu, yang tidak perlu kau perdebatkan lagi, Allah mahukan usaha dan pengorbananmu. Yang Allah sangat mengetahui, ianya bermacam-macam. Itulah penetapannya yang tak perlu kau confusekan lagi. Allah inginkan kau memberi dan bertaqwa, serta berpegang pada aqidah yang paling indah ini. Biar di manapon kau berada. insyaAllah jalan kita tetap sama. insyaAllah kita berada di bawah satu panji. Satu barisan manusia yang Allah rangkumkan, iaitu golongan orang yang memberi dan bertaqwa, dan percaya kepada aqidah yang paling indah. Maka kami akan mudahkannya ke jalan kesenangan.

“Adapun sikap dan pendirian kita terhdp semua pertubuhan islam ialah sikap kasih sayang, persaudaraan, tolong menolong dan kesetiaan, kita sayang mereka, kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita baiki pemikiran2 yang berlainan supaya dapat pertolongan utk dapat kebenaran di bawah lindungan bertolongan dan kasih sayang, kita jgn dipisahjauhkan oleh pendapat feqah atau masalah perbezaan mazhab. Sesungguhnya agama Allah ini adalah mudah, tiada yang siapa yang boleh menyusahkan agama Allah. Dengan taufiq Allah kita telah dapat mencapainya. Kita menyelidik mencari yang haq melalui cara yang mudah yang dapat diterima akal. Kita yakin sesungguhnya suatu hari kelak akan gugur nama2 atau gelaran2 yang membezakan antara satu jemaah dgn satu jemaah orang islam, akan digantikan tempatnya oleh kesatuan kerja menyatukan barisan2 angkatan pengikut Nabi s.a.w. Tidak ada selain dari saudara2 muslim yang bekerja kuat utk agama dan berjuang utk agama Allah.” Imam hasanul banna

waAllahua’alam

Jauhnya kapal berlayar

“Akh, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da’wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.”
Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. 

Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu? ” sahut sang murobbi setelah sesaat termenung.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana mendingan sendiri saja.” Jawab mad’u itu. 

Sang murobbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman di wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

Akhi, bila suatu kali anta naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah sangat bobrok. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?”.
Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam. Sang mad’u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.
“Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?”.
Sang murobbi mencoba memberi pilihan.
“Bila anta terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana bila ikan yu datang. Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimanan antum mengatasi hawa dingin?”
 
Serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang mad’u. Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kian memuncak, namun sang murobbi yang dihormati justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya. 

“Akhi, apakah anta masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha Allah? “Bagaimana bila ternyata mobil yang antum kenderai dalam menempuh jalan itu ternyata mogok? Anta akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak dijalan, atau mencoba memperbaikinya? “ . Tanya sang murobbi lagi. 

Sang mad’u tetap terdiam dalam senggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya :”Cukup akhi, cukup. Ana sadar.. maafkan Ana…. ana akan tetap Istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medal kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan… . 
Biarlah yang lain dengan urusan peribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janjiNya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi pelebur dosa-dosa ana”.

Sang mad’u berazam dihadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya. 

Sang murobbi tersenyum.

Akhi, jama’ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah. Bila ada satu dua kelemahan & kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan anta. Sebagaimana Allah ta’ala menghapuskan dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu anta lebih baik dari mereka.” 

“Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan keluar yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?”sambungnya panjang lebar. Kita bukan sekadar penonton yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.

“Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil.tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!” “Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah tausiyah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada isu atau gossip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya. “ 

Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraaan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamulail. Malam itu, sang mad’u sibuk membangunkan mad’u yang lain dari asyik tidurnya. Malam itu sang mad’u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya.

 
Demikian yang kami harapkan dari antum sekalian.

Mengapa Mesti Satu Juz?

Hendaklah anda memiliki wirid harian membaca Al Qur`an minimum satu juz dan berusahalah bersungguh-sungguh agar jangan sampai mengkhatamkannya melebihi waktu satu bulan (Hasan Al-Banna)

Al Qur`an adalah sebuah kitab yang benar-benar luar biasa. Di dalamnya terdapat lautan hikmah dan pelajaran serta kebaikan untuk seluruh umat manusia tak terkecuali seorang pun. Jika seseorang sedang melakukan perjalanan jauh, tentu saja ia akan membawa bekal yang cukup untuk perjalanannya. Begitu pula halnya dengan Al Qur`an, Allah menurunkan Al Qur`an sebagai bekal (tazwid) dalam perjalanan hidup manusia. Bekal adalah suatu persiapan, tanpa persiapan maka seseorang tentu akan kesulitan mengharungi perjalanan panjang yang cukup meletihkan ini.

Al Qur`an diturunkan bukan hanya untuk disia-siakan, atau sekadar menjadi hiasan yang berdebu di dalam rumah kita. Justru Al Qur`an diturunkan agar manusia mengambil pelajaran dari dalamnya dengan cara membaca, menjiwai, bahkan menghafalnya, dan tentu saja yang terpenting setelah itu semua adalah mengamalkannya dalam kehidupan kita. Bagaimana mungkin kita mengaku sebagai seorang muslim sementara kitab kita sendiri tidak pernah dibaca atau disentuh. Bagaimana pula kehidupan seseorang yang jauh dengan Al Qur`an? Sesungguhnya berjauhan dengan Al Qur`an akan membuat ruhiyyah kita kering dan dapat melemahkan kita dalam menghadapi permasalahan hidup.

Allah di dalam Al Qur`an telah memberi jaminan dan anugerah bagi mereka yang selalu membaca Al Qur`an :

”Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.” (QS. Faathir : 29)

Keislaman kita hendaknya mampu membentuk komitmen dalam tilawah, lebih dari sekadar membaca, bahkan mesilah membentuk sikap ta`abbud kepada Allah sehingga menjadi sebuah proses tazwid yang berterusan. Bagaimana jika proses tazwid ini tertinggal selama seminggu, dua minggu, atau bahkan lebih? Ibarat seorang atlit olahraga yang akan menghadapi pertandingan besar. Ketika ia tidak melakukan latihan secara berterusan, maka otot-ototnya akan tegang dan ketika pertandingan dimulai, boleh jadi ia mesti melakukan warming-up yang lebih dan kemudian ia akan keletihan sebelum menghadapi pertandingan itu, karena apa? Karena persiapan yang ia lakukan tidaklah mencukupi dan terburu-buru.

Tarbiyah adalah proses perjalanan beribu-ribu kilometer jauhnya. Entah berapa langkah yang sudah kita lalui saat ini. Membina diri dengan Al Qur`an adalah suatu keperluan, karena sumber kebenaran itu ada pada Al Qur`an. Lalu mengapa mesti satu juz perhari? Kita mesti serius dengan tilawah satu juz perhari karena itu merupakan hakikat `ubudiyah, disiplin, dan akan menambah tsaqofah (ilmu/ wawasan). Apalagi jika kita telah memberi komitmen untuk menegakkan islam di bumi Allah ini, maka hendaknya kita menjadi batu-bata yang kukuh dalam bangunan islam. Sejarah mencatat bahwa para salafush shalih menyikapi apa yang disabdakan Rasulullah saw, ”Bacalah Al Qur`an dalam satu bulan!” sebagai sesuatu yang paling minimum. Subhanallah, bayangkan saja para salafush shalih, sahabat maupun sahabiyah yang kita tahu tingkat kualiti diri mereka yang sungguh luar biasa pun menjadikan satu juz itu sebagai target minimum dalam satu hari. Sementara kita pada hari ini, sebahagian besar menganggap satu juz itu sebagai target maksimum dalam satu hari. Jika demikian, bagaimana mungkin kita dapat mengulangi kejayaan para sahabat dalam membangun islam ini?

Jika tarbiyah qur`aniyah kita telah matang, kita pasti akan dapat merasakan bahawa sentuhan tarbawi surah Al-Baqarah berbeza dengan Ali-Imran. Begitu pula dengan surah-surah yang lainnya. Boleh jadi ketika seseorang sedang membaca surah An-Nisa, ia merindukan surah Al-Ma`idah. Itulah suasana tarbiyah yang belum kita rasakan dan harus dengan serius kita bina dalam diri kita. Sungguh, Al Qur`an adalah sarana tarbiyah terbaik bagi diri dan kehidupan kita, sarana membina diri, karena di dalamnya ketika lembar demi lembar kita buka dan kita baca sekaligus kita jiwai, maka kita akan merasakan suatu keunikan tersendiri dari Al Qur`an. Itulah mengapa dikatakan Al Qur`an adalah sebuah kitab yang luar biasa karena ia adalah perkataan Allah yang dipenuhi oleh pelbagai hal yang luar biasa.

Cara Bersungguh-Sungguh Dalam Tilawah Satu Juz setiap hari

1. Berusaha melancarkan tilawah jika belum lancar. Ukuran standard membaca satu juz adalah 30-40 minit, jika lebih lama dari itu maka berusahalah untuk memperlancar bacaannya. Bayangkan saja 30-40 minit dari 24 jam bukanlah waktu yang lama, namun kadang-kala kita lebih selalu berborak kosong atau menonton TV berjam-jam berbanding mengkhususkan masa untuk Al Qur`an selama setengah jam dalam satu hari.

2. Aturlah dalam diri kita ketentuan untuk komitmen ibadah satu juz tilawah perhari, jika tidak tercapai, hendaknya kita iqab (semacam hukuman) diri kita dengan iqab yang mampu membangkitkan kesungguhan kita, misalnya jika hari ini tidak sampai satu juz, maka esok harinya kita akan menggandakannya menjadi dua juz. Sebagai contoh para sahabat yang sering meng-iqab diri dengan bersedekah atau menginfaqkan seluruh hartanya di jalan Allah. Subhanallah.

3. Cari tempat-tempat yang kondusif untuk melakukan tilawah karena kadang-kala kita memerlukan waktu sejenak untuk menyendiri.

4. Sering mengadu kepada Allah dan memohon untuk dimudahkan kesungguhan dan komitmen dalam melaksanakan ibadah tilawah ini. Bahkan selitkan di antara doa-doa kita permohonan agar kita dijadikan orang-orang yang dekat dengan Al Qur`an. Amin.

5. Perbanyak amal saleh karena amal saleh dapat menghasilkan energi baru untuk amal saleh selanjutnya.

Cabaran yang Harus Diwaspadai

1. Perasaan menganggap remeh ketika sehari tidak membaca Al Qur`an
2. Lemahnya wawasan tentang Al Qur`an sehingga tidak timbul motivasi untuk bersungguh-sungguh dalam membaca Al Qur`an
3. Tidak memiliki waktu wajib membaca Al Qur`an, dan membaca Al Qur`an sesempatnya saja atau bahkan dengan waktu-waktu sisa kita
4. Lemahnya keinginan untuk memiliki kemampuan tilawah
5. Terpengaruh dengan  lingkungan sekeliling yang tidak memiliki perhatian terhadap tilawah Al Qur`an
6. Tidak tertarik dengan majlis yang menghidupkan Al Qur`an

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah lalu di antara mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya kecuali turun kepada mereka ketenangan yang diliputi rahmat, dikelilingi malaikat, dan Allah swt menyebut nama-nama mereka di sisi makhluk yang ada di dekatNya.” (HR. Imam Muslim)

Akibat Tidak Serius Melakukan Tilawah

1. Sedikitnya barakah dakwah atau `amal jihadi kita dan menjadi tanda lemahnya hubungan sebagai jundi kepada Allah swt.
2. Kemungkinan lainnya, tertangguhnya pertolongan Allah swt dalam amal jihadi. Jika salafush shalih saja tertangguh kemenangannya hanya karena meninggalkan sunah bersiwak, apalagi jika meninggalkan amal yang keperluannya jauh lebih besar dari itu.
3. Semakin jauhnya ashshalah (orisinilitas) dakwah. Dakwah kita adalah dakwah bil qur`an, mana mungkin kita mengumandangkan dakwah sementara hubungan kita dengan Al Qur`an sendiri lemah
4. Semakin jauhnya dakwah dari nuansa ilmu, padahal hakikat dakwah adalah meningkatkan kualiti keilmuan umat

Maraji` : Tarbiyah Syakhsiyah Qur`aniyah, Abdul Azis Abdur Rouf, LC

(diubah suai sedikit ke Bahasa Malaysia oleh matapensel)

catatan matapensel: Bagaimana tilawah dan tarbiyyah qur’ani kita di bulan Ramadhan? Syabas bagi yang berjaya khatam. Moga terus istiqamah di luar Ramadhan.

Apa Titik Tolak Dakwah?

Dari Madrasah Al-Imam Ash-Shahid Hassan Al Banna

Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapa permasalahan yang tidak dapat kita nafikan. Yang amat jelas adalah masalah perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita susuri lebih jauh, beberapa pertanyaan mungkin akan muncul:

Apakah jalan yang jelas ke arah mencapai tujuan?

Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan menghadapi berbagai tentangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi?

Apa Titik Tolak Dakwah?

Kita mulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat basic:

Apakah titik tolak dakwah itu?

Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan erti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian di mana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du’at maupun dakwah itu sendiri.

Dakwah seharusnya bermula pada jalan dakwah para Nabi a.s. Mereka menyeru manusia kepada Subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada Sirat Al-Mustaqim, sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berasal dari hati yang sedar bahawa inilah jalan kita, iaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah (saw).

Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw). Musuh kita yang sebenarnya adalah shaitan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa’ (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair
(dosa-dosa besar), bid’ah-bid’ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalambentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan
berasaskan Islam.

Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu, dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, iaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak Nabi Adam hingga Rasulullah (saw). Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.