Archive for the 'Nihon' Category

Mari berkongsi universiti anda

Universiti_banner

Apa yang menarik tentang universiti anda?  Universiti anda cantik? Universiti anda benri? Banyak kemudahan?

Adakah universiti anda mudah dimasuki? Dekat dengan rumah? Kenkyu yang best? Kenangan yang manis di universiti anda?

Apa jua yang berkaitan dengan universiti anda bolehlah dikongsi bersama. Untuk maklumat lanjut, sila ke url di bawah.

http://www.amirnet.org/?page_id=265

-oretachi no 2 yen-

Da’i adalah Pengembara

Semoga petikan ini menjadi bahan bakar untuk kita terus mengembara di bumi Sakura.

Da’i (yang betul-betul melaksanakan dakwah) tidak patut merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa yang banyak berqiamullail setiap hari atau dapat memperbanyakkan khatam Al-Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, kerja-kerjanya di dalam dakwah seperti mengajar manusia, dan mentarbiyyah pemuda-pemudi Islam itu lebih utama baginya dan lebih banyak pahalanya.

Contoh bagi mereka ialah tokoh-tokoh da’i dan ahli salaf yang mengembara di serata dunia untuk mengembangkan dakwah dan menyampaikan Islam. Mereka memulakan bicara dan sengaja bergaul dengan orang ramai hanya semata-mata dengan tujuan dakwah. Mereka tidak menunggu-nunggu orang ramai untuk datang dan bertanya kepada mereka
Begitulah sikap da’i yang sentiasanya….

Da’i Islam pada hari ini mesti menjadi pengembara dan banyak berjalan ke seluruh pelusuk bandar, kampung dan negeri untuk menyampaikan Islam kepada manusia.
Sebagai contoh, lihatlah bagaimana utusan-utusan Rasulullah S.A.W. yang round ke serata lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia Arab. Mereka tidak menunggu orang datang ke Madinah. Cubalah lihat, apakah jawapan baginda saw apabila seorang badwi bertanya kepada baginda tentang rukun Islam. Bila Rasulullah saw menjawab, orang badwi tersebut berkata: “Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatupun darinya.”

Orang badwi tersebut ketika memulakan soalannya sebenarnya berkata: “Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan bahawa Allah telah mengutus kamu?”

Jelaslah bahawa utusan Rasulullah saw telah pergi menemui mereka sebagai da’i. Manusia perlu didatangi. Sesiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, orang itu bukanlah seorang da’i.

Jika diperincikan lagi kata-kata orang badwi tersebut, ternyata kepada kita bagaimana sahabat yang berdakwah itu sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh Nabi s.a.w. untuk pergi kepada kaum ini. Mereka meninggalkan keluarga, rumah dan anak-anak mereka. Mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung-ganang. Mereka terdedah kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan Islam

Inilah dia bentuk dakwah yang ingin mencapai matlamatnya. Ia perlu bergerak dan dimulakan, pagi dan petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan berangan-angan atau mengharap tidak akan sampai ke mana. Fahamilah seerah para salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar-¬mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

Petikan Muntalaq

Perutusan Eidilfitri AMIR

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) rabbul ‘alamin (Tuhan yang mencipta dan memelihara seluruh alam). Selawat kepada junjungan rasul, Muhammad, yang mulia dan kepada keluarga serta sahabat baginda, generasi pertama para pejuang agama ini, yang mewariskan petunjuknya kepada kita umat manusia dan seluruh alam.

Sesungguhnya tarbiyah yang terbaik hanyalah yang datang dari Tuhanmu. Selamat graduasi saya ucapkan kepada seluruh umat islam di Jepun khususnya dan umumnya di seluruh pelusuk dunia. Yang telah menyempurnakan ibadah puasa dan menjalani aktiviti men’recharge’ diri. Mungkin ramai orang yang diberi kesempatan untuk mendaftarkan diri dan hadir ke kem tarbiyah ini. Tetapi, tidak semua orang diberikan peluang olehNya melalui untuk kem ini dengan memperoleh kebaikan di dalamnya. Sesungguhnya anda telah berjaya (Almukminun, : 1) Apapun kebaikan yang kita perolehi dari bulan yang penuh berkah ini, adalah dengan izinNya dan janganlah sekali-kali kita merasa bangga dengan tindakan, amalan, dan ibadah kita yang sedikit itu. Sesungguhnya ini hanyalah merupakan satu dari persinggahan (seperti kem musim panas) dalam pendidikan kita yang panjang. Banyak lagi yang perlu kita harungi dalam membebani tugas yang mulia ini.

Sesungguhnya ibadah (solat, puasa, menghayati al-Quran, bersedekah dan sebagainya) itu adalah merupakan bekal. Bekal buat ujian yang saban hari menjenguk kita. Bekal buat perjuangan yang berpanjangan. Tiadalah ibadah itu melainkan untuk mengisi api perjuangan yang makin kehabisan minyaknya. Untuk menjahit layar-layar kapal yang koyak di tengah-tengah pelayarannya. Semoga api dakwah dapat terus kita nyalakan. Semoga pelayaran dapat kita teruskan di lautan dunia yang bergelora ini.

Amal ibadah perlulah diselarikan dengan perjuangan. Kita tidak mengisi minyak melainkan untuk menyalakan api, tidak pula menjahit layar melainkan untuk meneruskan perjalanan. Kita bukannya semata-mata ‘abid, tetapi juga singa-singa Allah yang sentiasa menjaga agamaNya.

“Janganlah pula amal ibadah yang agong ini kau rosakkan!!” jangan kau rosakkan dengan maksiat di bulan Syawal. Ramadhan adalah stesen untuk mengambil bekal, buat perjalanan setahun. Sampai kau tiba pula ke stesen Ramadhan yang seterusnya, ketika itu kau sangat merasa dahaga dan tibalah masanya untuk mengambil bekal semula.

Selamat meraikan hari graduasi kita dari kem tarbiyah ramadhan kali ini. Akhir kata saya akhiri dengan sebuah hadith diriwayatkan oleh Sufyan bin Abdullah (radhiAllahu ‘anhu)

Aku berkata kepada Rasulullah “Katakan kepadaku sesuatu tentang Islam, yang aku tak akan bertanya tentangnya lagi selepas itu.” Rasulullah menjawab “Katakan aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”

Hadith riwayat Imam Muslim

Sumber asal dari AMIR-net

Kem Ramadhan 1429

Kem Ramadhan 1429

Masjid Asakusa 13-15 September

Bermula jam 3.00 petang Sabtu sehingga 8.00 pagi Isnin

contact: Wak 080-3579-2576 (softbank)

Tarbiyah intensif sempena Ramadhan.

Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum warahmatullah,

Dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah, kami ingin menjemput anda semua ke Majlis Berbuka Puasa sempena bulan Ramadhan. Kami mengundang anda semua, family, abang, kakak, adik :D

Tempat : Shibaura Kougyou Daigaku
Eki : Higashi Oomiya
Tarikh : Ahad , 7 Ramadhan 1429 H bersamaan 7 September 2008
Masa : 1630 – 2030. Bermula pada waktu asar
.

Contact person

Dansei

1. 080-3579-2576(Shahrin@Wak)

2. 080-3579-2589(Fani)

3. 080-3600-2874(Kamarul)

Josei

1. 080-3019-2744 (Ayzan)

Bagi dansei kami mencadangkan agar bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk pulang terus ke rumah selepas program agar bersama-sama kami bermalam di Masjid Ootsuka kira-kira 50 minit jarak perjalanan dengan densha. Diharapkan dapat memberi konfirmasi kehadiran Sabtu 6 Sept / 6 Ramadhan atau secepat mungkin utk makanan dan pengangkutan ke tempat program.

Ahlan Ramadhan

Setelah selesai berusrah, daurah dan katibah, kini muncullah Ramadhan, program tarbiyah dari Tuhanmu.

IPK Oita

Mari Mengenal Kalimah Shahadah

Di suatu kawasan di mana penduduk-penduduknya tidak mempunyai tamadun, hidup dalam kejahilan, berpuak-puak, bergaduh sesama sendiri, membunuh anak perempuan, percaya benda karut dan tahyul, sehingga tiada suatu kuasa dunia pada ketika itu yang berminat untuk menawan mereka kerana kejahilan, kedunguan penduduk di tempat tersebut.

Ketika itu turunlah satu kalimah, yang menukar seluruh lanskap tanah itu. Dari cara berfikir, wawasan hidup, keadilan sosial. Kalimah itu membawa tamadun dan menguasai dunia. Kesannya masih dapat dilihat sehingga pada saat ini.

Bagaimanakah satu kalimah dapat mengubah dunia? Ayuh mari kita kaji.

Asakusa Mosque
5 July 2008

Update
Program bermula pada pukul 1 petang, hari Sabtu. Bawa keperluan yang minimum, kita akan berlumba keesokan harinya. Program ini terbuka untuk lelaki sahaja.

Sabtu 5hb
1300 : kumpul
1330 : zuhur
1400 : slot 1
1600 : asar
1630 : slot 2
1830 : makan.maghrib
1930 : slot 3
2100 : isya
2130 : slot 3(sambung)
2230 : persiapan tidur

Ahad 6hb
Explorace

Explore Race Tokyo akan diadakan pada hari berikutnya. Ahad 6 July 2008.

ISK di Yamaguchi

Diari Daie 1

Menyantap tomyamkun bersama 2 ikhwah tersayang.

`Din tambah ner jadi dinner`