
Archive for the 'Uncategorized' Category
Akhi
ingatkah kau time hati kita diketuk, mata kita mula terbuka
lalu kita disedarkan tentang tugas kita
bukan tugas sebagai raja, bukan tugas ulama, bukan tugas engineer, bukan student
bukan! bukan! bukan!
cukuplah tugas sebagai manusia,
tugas kau dan tugas aku
ketika kita sama-sama mengakui dan mengikat janji untuk memikul tugas shahadatul haq
aku lihat kau menangis melihat nasib ummat ini
semangat kau membara
tangan kau erat tergenggam
tapi bila kau pulang aku lihat kau…..kau….kau..
kau kembali ke dirimu yang lama
mulut kau bisu,
langkah kau kaku,
kau sibuk dengan zikirmu
sehingga lupa nasib saudara-saudaramu
Akhi
Jibril takkan datang memelukmu
bukalah matamu dah lihatlah sekililing mu
butakah kau?
saudara-saudaramu sedang dirogol oleh berhala-berhala jahiliyah
dikelentong terang-terang oleh kuffar
diperbudakkan, diperbodohkan, ditarik hidung
peringatan apa lagi yang kau mahukan?
Akhi,
jalan ini tak perlukan air mata mu
tak perlukan simpati mu
tapi aku ingin mengajak kau bersamaku,
bukan sekadar menjadi penumpang
bukan menjadi penonton
tapi bersama membentuk barisan
tak mahukah kita jadi macam Nabi Ibrahim,
menghancurkan berhala-berhala jahiliyah,
menyemai benih di tanah gersang
Akhi
aku ingin bertanya kepadamu
agar kelak kau dapat bertanya kepadaku
fahamkah kau bila dakwah itu wajib???
fahamkah kau bila dakwah itu wajib???
sekali lagi fahamkah kau???
dipetik dan diedit: http://blog.mayuru.com/2008/11/laa-tahzan-2/
buat teman-teman seperjuanganku yang berasa sedih mahupun kecewa..
— —
ikhwah, ingat tak suatu ketika dahulu, ALLAH mencipta kita…
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Mafhum Surah al-Mukminuun: 14 – link)
…dan sungguh dia menciptakan kita sebaik-baik kejadian. Lengkap segalanya. Tangan kita. Kaki kita. Mulut kita. Lidah kita. Ya, bahkan kalbu dan perasaan kita seluruhnya Dia ciptakan.
Dialah yang melengkapkan diri kita dengan perasaan. Gembira. Riang. Ceria. Semuanya penghias jiwa. Tanpa semua perasaan itu jiwa yang tak mampu merasai kehidupan ini. Kita tak mampu simpati pada sahabat kita. Kita tak mampu menyangi keluarga kita.
Tetapi denganya juga kita rasa derita. Kita sedih. Kita rasa kecewa. Kita terasa siksa jiwa yang diruntun ujian demi ujian.
Kenapa Dia ciptakan perasaan ini? Pastinya bukan untuk menyiksa sanubari kita. Seharusnya lebih tepat sebagai pendidik buat kita. Kita lupa mudah lupa apa yang kita senang dan selesa dengannya. Tapi kita akan ingat pelajaran dari keperitan dan kepayahan.
ikhwah, sememangnya ALLAHlah yang menciptakan perasaan kecewa. Tapi tidaklah Dia membebankan penyebab kecewa itu lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Bahkan Dia sebutkan dengan kalamNya yang suci…
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya… (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 – link)
…bahkan dia ajarkan juga do’a untuk kita pohonkan padaNya tatkala terasa beban yang kita bawa…
…(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 - link)
ikhwah… Ketahuilah, sesudah kesusahan itu kesenangan. ALLAH tidak menciptakan kesusahan, melainkan setelah kita mengharunginya ada kesenangan. Bukan itu sunnahNya?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Mafhum Surah al-Insyirah: 5-6 – link)
ikhwah. Tatkala engkau bersedih… Ingatlah ALLAH. Bertaubatlah. Mohonlah keampunan. Barangkali ada dosa yang kita lakukan yang menyebabkan gundah. Gusar. Hati tidak tenteram.
Mohonlah sesungguh-sungguhnya kepadaNya. Hadapkan keperluan dan perhatian kau padaNya. Bukakanlah jiwa dan raga kau pada Dia Yang Maha Pendengar.
Solatlah sekhusyuknya. Ingatlah Dia jua al-Qadir. Yang Maha Menentukan. Harapkan sebaik, insyaALLAH Dia kan memberikan kebaikan buatmu.
…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Mafhum Surah ar-Ra’d: 28 – link)
ikhwah. Jalan ALLAH jualah jalan yang membawa ketenangan. Bukankah apabila bersandar pada sesuatu yang kuat itu mendatangkan perasaan tenteram? Bahkan ALLAHlah sebaik-baik sandaran, lantaran Dialah yang Paling Perkasa (al-’Aziz), juga Paling Kuat (al-Qawiy) serta dia jugalah yang Empunya Kemuliaan (Dzul Jalaali Wal-Ikraam).
ikhwah. Tegaskanlah keyakinanmu dengan ALLAH. Usahlah engkau bersedih…
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Mafhum Surah Fussilat:30 – link)
…kerana apabila kita teguh iman dan cukup taqwa, malaikat ALLAH akan turun buat kita memujuk kita! Bukankah itu perkara yang menggembirakan? Bahkan janji syurga itulah kesenangan yang paling hebat dari ALLAH subhanahu wataala.
Akhir kata. ikhwah, bergembiralah. Ukirlah senyuman pada mukamu. Hilangkanlah gusar di hatimu. Kerana kita adalah insan Muslim dan Mu’min yang bertaraf ummah yang terbaik di muka bumi ALLAH ini!
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Mafhum Surah Ali ‘Imran: 110 – link)
Di dalam an-Naazi’aat 79 : 37-39
Adapun orang yang melampaui batas (thogho), dan mengutamakan kehidupan dunia. S e s u n g g u h n y a nerakalah tempat tinggalnya
Kadang-kadang Allah menggunakan perkataan “hom” iaitu mereka. Contohnya dalam surah Muhammad 47 : 12
“Dan nerakalah tempat tinggal mereka”
Tapi di sini (an-Nazi’aat) Allah menyatakan, s e s u n g g u h n y a nerakalah tempat tinggal n y a. yang dapat saya (secara peribadi) tergambar kesepian dan keseorangan seorang penghuni, yang dahulunya telah melampaui batasan dan mengutamakan kehidupan dunia. waAllahua’alam.
Kalimah “thogho” disingkap oleh pakcik syed qutb dengan memberi makna setiap orang yang menentang hidayah dan mengutamankan hidup dunia tanpa memperhitungkan akhirat, sedangkan pada hari akhirat itulah yang boleh membetulkan segala neraca pertimbangan di tangan dan di hati manusia. … Apabila seseorang itu mengabaikan h i s a b a k h i r a t dan mengutamakan h i d u p d u n i a maka pertimbangannya akan meleset, segala neraca dan segala penilaiannya salah dan segala lunas perasaan dan prilakunya akan menyeleweng, dan ia akan menjadi manusia pelampau dan pelanggar batas.
Kata seorang ustat, thogho lebih teruk daripada zulum (zalim). Dikuatkan lagi dengan penerangan oleh pakcik syed qutb “pengertianya lebih luas daripada pemerintah yang zalim dan kejam”
Apa yang menarik tumpuan saya adalah kenikmatan dunia, yang membesar, melebar dan menjalar ke seluruh benak pemikiran manusia. Samada ia dibesar-besarkan oleh persekitaran atau ia didorong hawa nafsu dan syaiton. Sehingga mengecillah sebesar sebutir beras (atau lebih kecil lagi daripada itu) sebuah kehidupan yang tiada penghabisan, sebuah kenikmatan yang tiada tandingan, sebuah mahligai ketenangan yang tiada kekusutan, sebuah taman dialiri di bawahnya sungai penuh kedamaian, sebuah kepuasan yang tiada penghujung, sebuah kampong halaman yang amat dirindui, yang semakin hari semakin tidak difikirkan, dek kerana manusia seolah-olah mahu hidup selama-lamanya pada kehidupan ini, kehidupan yang sempit dan melarat, kehidupan yang terhimpit dan tertekan, kehidupan yang huru-hara, penjara yang penuh pergaduhan, hidup yang diisi macam-macam kedengkian, kehidupan t a t e m a e (bermuka-muka), kehidupan yang penuh kepalsuan, pondok usang yang tunggu masa robohnya, yang dihiasi dedaun kering, yang tampak indah di mata manusia. Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami daripadanya. Amin ya Rabb, Tuhan alam ini.
Ya Allah, lindungi kami.
Ya Allah, saya amat memerlukan a p a – a p a s a h a j a dari kebaikan yang Tuanku turunkan. (al-Qasos 28 : 24)
Amin
Sesungguhnya jalan ini telah ditapaki oleh para anbiya, di mana dalamnya ada nabi Ulul ‘Azmi, adanya insan-insan agung, adanya Rasulullah adanya darah para shuhada. Ia akan terus ditapaki oleh insan-insan yang bersungguh-sungguh mahu untuk berjual beli dengan Tuhannya.
Tiba ramadhan, banyakku lihat artikel-artikel terbit di wordpress, blogspot, .com dan .my bagaikan cendawan yang tumbuh seletah hujan. Banyak lagi ku lihat kata-kata semangat yang bermanfaat terpapar di status YM, tak kurang juga video-video dan poster-poster “jom ibadah!” di laman web yang menjelajah serata dunia. Lebih manis lagi banyak azam tilawah, qiam dan kempen-kempen sedaqah kedengaran. Ia bukan sekadar azam, aku yakin ia bukan sekadar azam. Ia adalah kata-kata sang pemburu syurga di dunia ini. Ya! Tetapi para pemburu ini cuma memburu di bulan ramadhan. Ketika musim banyak hasil dapat dikaut sekali gus. Lagi bagus kalau ditemuinya lailatul qadar. Setelah itu mereka balik ke planet mereka, entah di mana. Tak kelihatan lagi di bumi ini. Mungkin akan datang kembali memburu setelah tiba semula ramadhan.
Aku pon kurang pasti apa yang diburunya. Ramadhan .. atau pahala disisi Tuhannya. Mungkin mereka memburu ramadhan. Ya, mungkin benar, mereka memburu Ramadhan. Maka dibawanya pulang beberapa beg ramadhan bersama mereka sebagai hasil pemburuan. Dan lenyaplah kelibat mereka ketika fajar syawal menyising.
Rugilah si pemburu ramadhan. Kerana bekalnya (amalan di bulan ramadhan) tidak digunakan di bulan syawal, zulkaedah, zulhijjah dan seterusnya. Bekal itu akan basi dan busuk. Rugilah si Pemburu Ramadhan. Ini peringatan dari Tuhan mu. Kerana setiap manusia itu rugi, termasuklah si Pemburu Ramadhan. Setiap manusia itu rugi. Kecuali mereka yang beriman.. beramal soleh .. dan bertarung menyampaikan pesan dengan al-Haq dan as-Sobr.
Wahai sang pemburu syurga dibulan Ramadhan,
Engkau adalah penjaga planet ini,
Engkau singa-singa yang mengaum setiap siang dan mengambil bekal setiap malam.
Waktu hidupmu adalah waktu sehingga engkau syahid dengan anugerahNya.
Waktu hidupmu bukanlah sahaja di bulan Ramadhan, dan kemudian engkau tidur senyap. Atau engkau terus hanyut dengan tipu daya musuh-musuh mu.
Ramadhan itu tempat engkau bertapa.. bertapa menambahkan ilmu mu. Dan kemudian engkau berperang semula dan terus berperang.
Wahai sang pemburu syurga, buruanmu masih banyak.
Ambillah semuanya.





Recent Comments