Selamat Menghadapi Peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim..

“Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini.”

Tamat petikan ucapan Abul ‘Ala al-Maududi.

Bulan Januari dan bulan Februari merupakan bulan yang betul-betul sibuk bagi semua pelajar yang belajar di Jepun terutamanye kerana di saat ini, kami sedang berusaha keras untuk menghadapi peperiksaan akhir. Manakala untuk yang berada di tahun akhir pula, sedang sibuk menyiapkan projek akhir mereka dan dalam masa yang sama kene la siapkan thesis sebelum mereka  kene buat presentation. Sudah pasti di saat ini, kadar stress akan meningkat sekiranya tidak di kawal dengan baik.

Aku juga merupakan salah seorang dari mereka yang sedang berusaha keras untuk menyiapkan projek akhir aku dan siapkan thesis. Masa yang ade 24 jam itu dirasakan seperti tidak cukup memandangkan betape banyaknye kerje aku kene siapkan. Tiba-tiba aku dkejutkan oleh kata-kata dari seorang sahabat.

“ Kau rase x yang kite ni macam berada di pusat penyembelihan je. Tunggu masa sahaja utk di sembelih. Ni nk makan pn kite terkejar-kejar dan kadang2 sampi x sempat.”

Aku memang betul-betul tersentak dengan kata-kata itu.

” kau taw x stesen janakuasa elektrik Gaza akan dihentikan???”

Kesibukan ini menyebabkan aku nak fikir pasal keadaan umat islam pun tak da mase. Sedangkan nak makan pun kadang-kadang sampi terlupa, nak fikir pasal umat islam yg lain lagi la aku x da masa. Astaghfirullah… Hari tu banyak kali aku beristighfar, sampai di saat aku menaip ni pun aku masih beristighfar. Aku sedar dengan kelalaian aku selama ini. Aku terlalu sibukkan diri aku dengan projek akhir ni.

Aku mahu jadi manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini kerana aku tidak rela dikorbankan di sini. Aku akan belajar betul-betul dan dalam masa yang sama aku akan menjadi muslim yang sejati, yang tahu tujuan diciptakan. InshaAllah, klo berjaya dan dapat kerje yang bagus, aku akan menggunakannye untuk tunjukkan islam ni memang cara hidup yg best.  Jom sama-sama kite berusaha sehabis baik untuk exam, projek akhir tahun kite, thesis disamping tidak lupakan tanggjungjawab dan amanah kite sebagai sorang muslim.

6 Responses to “Selamat Menghadapi Peperiksaan”


  1. 1 Sakamoto Ryouma January 27, 2010 at 6:33 pm

    😀

    assalamualaikum wrh,
    wahhh..ada arikel.
    jzkkk….teruskan menulis..huhu

  2. 2 ibnu sabrie January 31, 2010 at 11:01 pm

    cmne shiken? hopefully sumer ok2 jer..
    ake yg still kat malaysia nie pon nak amek exam lagi 2 mggu..
    tu pon tak brape nak amek kesh hal ummah..huhu..
    terkesan tol..

  3. 3 takumi February 2, 2010 at 7:48 pm

    inshaAllah, kami di Jepun cube sehabis baik.
    kohai2 di Malaysia pn, ganbatte kudasai =)

  4. 5 zareen January 12, 2011 at 3:37 pm

    nice one…would love to share it with my frens here coz we are also going to have our finals…hope you dont mind..??

  5. 6 Top KAT July 19, 2018 at 4:51 pm

    After looking over a few of the articles on your site,
    I seriously appreciate your way of blogging. I saved it to my bookmark website list and will be checking
    back in the near future. Please check out my web site too and tell me your opinion.


Leave a comment




Latest

Gema Ramadhan 1429 Edisi 1

Gema Ramadhan 1429 Edisi 2

Gema Ramadhan 1429 Edisi 3

Affiliate

Buku-buku, T-shirt etc

AMIR Store

Blog Stats

  • 26,410 hits